suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Izara Aishah mengaku silap tegur secara terbuka, mohon maaf kepada Lesti Kejora

Izara (kiri) membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Lesti.

PELAKON Izara Aishah tampil memohon maaf kepada penyanyi Lesti Kejora susulan tegurannya terhadap pasukan selebriti Indonesia itu yang didakwa kurang beradab ketika Konsert Gema Bumantara Siti Nurhaliza, Sabtu lalu.

Izara atau Izara Aishah Hisham, 34, mengakui tegurannya secara terbuka mungkin mengguris perasaan Lesti dan memberi kesan kepada emosi penyanyi berkenaan.

"Dengan itu, saya mohon maaf atas adab saya yang tidak sempurna menegur secara terbuka sehingga mungkin mencetus kesedihan atau lebih teruk menganggu mentalmu Lesti. 

Izara membuat permohonan maaf di Threads miliknya.

"Sedar ini adalah dosa daripada saya terhadap kamu kerana aku teringat sesungguhnya bila menegur seseorang itu sampai rasa tersinggung adalah lebih besar daripada kesalahan individu yang ditegur. 

"Harap satu hari kamu akan memaafkan insya-Allah," katanya.

Izara berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya pada petang Isnin. 

ARTIKEL BERKAITAN: 70,000 peminat Siti ‘restui‘ Konsert Tradisional Gema Bumantara dalam hujan

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen kutuk bunga silat keras macam patung, Izara Aishah balas balik... “Memang dilatih begitu“

Dalam pada itu, Izara turut menjelaskan tindakannya memadam kenyataan terdahulu selepas menyedari hantaran berkenaan mengundang pelbagai salah faham ramai.

"Mengapa saya padam kenyataan peribadi saya tentang team Lesti? Kerana sudah terlalu banyak yang salah faham dan juga terkait dengan pihak yang tidak berkaitan. 

"Tegur adab orang tetapi lupa adab sendiri apabila menaip di media sosial. Terus terlupa adab itu bukan sahaja daripada perbuatan bila berdepan dengan seseorang tetapi juga adab di media sosial," ujarnya. 

Sebelum ini, Izara menerusi hantaran di Threads menegur pasukan Lesti yang menunjukkan sikap kurang mesra dan memilih individu untuk bertegur sapa.

Lesti menjadi artis jemputan di Konsert Gema Bumantara Siti Nurhaliza.

Malah, Izara turut mendakwa mereka hanya bersikap baik apabila berhadapan dengan individu terkenal atau orang kenamaan (VIP).

Bagaimanapun, hantaran berkenaan telah dipadamkan.

Untuk rekod, Lesti merupakan artis jemputan yang turut memeriahkan Konsert Gema Bumantara Siti Nurhaliza yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada Sabtu lalu.

Artikel Lain