suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Netizen kutuk bunga silat keras macam patung, Izara Aishah balas balik... “Memang dilatih begitu“

Izara rupanya pernah memperlajari seni silat.

PELAKON Izara Aishah tampil menjelaskan komen netizen yang mendakwa aksi silatnya ketika membuat persembahan di Konsert Gema Bumantara kelihatan keras seperti patung.

Izara, 34, berkata dia sememangnya memiliki asas seni mempertahankan diri sejak usia muda dan mempelajari Seni Tari Silat Helang Alam Buana Srikandi.

"Memang dilatih begitu. Seni Tari Silat Helang Alam Buana Srikandi.

Izara tampil balas kritikan netizen mengenai seni silatnya.

"Muay Thai dari umur 14 tahun kemudian silat dari umur 19 tahun," katanya ketika membalas satu hantaran pengguna Threads.

Terdahulu, seorang pengguna Threads mendakwa pergerakan silat yang ditampilkan Izara kelihatan agak keras sehingga menyamakannya dengan patung yang sering dijadikan perhiasan di dalam kereta.

Mengulas lanjut, Izara berkata dia sudah hampir 10 tahun tidak bersilat sebelum kembali menjalani latihan bagi membawa watak Puteri Walinong Sari.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu tolong waktu sukar, Izara Aishah kesal jadi mangsa fitnah usahawan tudung

ARTIKEL BERKAITAN: Izara Aishah kongsi wajah anak ketiga, pilih nama Tahara Alima

Malah, dia mengakui perlu kembali berlatih hanya sebulan sebelum persembahan itu berlangsung, walaupun ketika itu baru lima bulan melahirkan anak ketiga.

"10 tahun berhenti bersilat, tiba-tiba kena sambung balik sebulan lepas untuk membawa watak Walinong.

"Saya masih dikira dalam pantang, bayi lima bulan," ujarnya.

Izara bawa watak Puteri Walinong Sari semasa konsert - Kredit foto Karatphoto_studio

Sebelum ini, Izara mencuri perhatian apabila tampil sebagai Puteri Walinong Sari ketika Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, menyampaikan lagu Walinong Sari di Konsert Gema Bumantara.

Mengenakan busana serba putih, persembahan Izara berjaya memukau penonton menerusi penampilannya sebagai watak legenda Melayu itu.

Konsert Tradisional Gema Bumantara berlangsung di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam Sabtu, menyaksikan kehadiran kira-kira 70,000 penonton.

Selain Siti dan Izara, konsert tersebut turut diserikan dengan kemunculan Noraniza Idris, Zarif Ghazzi, Haziq Rosebi, Lesti Kejora dan King Nassar.

Artikel Lain