suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dulu tolong waktu sukar, Izara Aishah kesal jadi mangsa fitnah usahawan tudung

Izara tampil pertahankan nama baiknya.

PELAKON Izara Aishah meluahkan rasa kesal dan mendakwa dirinya menjadi mangsa fitnah seorang usahawan tudung. 

Menurut Izara, mereka sebelum ini pernah tampil bekerjasama namun individu berkenaan sanggup bercakap perkara tidak benar termasuk memburukkan dirinya kepada orang lain. 

"Jenama tudung yang pernah saya bantu ketika mereka hampir jatuh, yang mendapat perhatian dan pelanggan baru kebanyakannya daripada pengikut saya mengatakan saya ambil kesempatan.

Perkongsian Izara di Threads. 

"Bersungguh-sungguh cuba fitnah saya kepada kawan-kawan dan usahawan tempatan," katanya. 

Izara menulis perkara tersebut dalam satu hantaran Threads dan turut mendakwa jenama tersebut meniru apa yang dilakukan dalam urusan perniagaan. 

Tambahnya pihak berkenaan juga menuduh dia mempergunakan jenama tersebut sedangkan jumlah pengikut di media sosial tidak tinggi. 

ARTIKEL BERKAITAN: Cepat mengah dan pitam, Izara Aishah terpaksa ‘ponteng’ puasa… “Saya tak bangga” 

ARTIKEL BERKAITAN: Izara Aishah kongsi wajah anak ketiga, pilih nama Tahara Alima

"Ketika itu mereka mempunyai 200,000 pengikut dan mendakwa saya mengambil kesempatan terhadap populariti, platform jualan serta tenaga kerja mereka.

"Untuk perkara itu, saya sendiri tidak perlu memberi sebarang penjelasan," ujarnya dengan turut meletak emoji tanda ketawa. 

Izara tegas berkongsi perkara tersebut kerana merasakan tindakan yang dilakukan oleh individu berkenaan melampaui batas sehingga menjejaskan nama baiknya. 

Izara tidak mahu terus menjadi mangsa fitnah. 

"Dia beritahu orang bahawa saya memanggil pasukannya dan pekerja saya sendiri dengan gelaran seperti 'babi' dan 'bodoh'. Itu benar-benar keterlaluan. 

"Banyak lagi perkara yang dia tuduhkan tentang saya, yang pada saya merupakan fitnah paling dahsyat daripada seorang pengasas yang selama ini dilihat begitu baik," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain