suria

Cepat mengah dan pitam, Izara Aishah terpaksa ‘ponteng’ puasa… “Saya tak bangga”

Izara mengakui Ramadan kali ini mencabar apabila usia kandungan sudah mencecah tujuh bulan.

RAMADAN kali ini memberi cabaran tersendiri buat pelakon Izara Aishah apabila menjalani ibadah puasa dalam keadaan sarat hamil anak ketiga.

Izara atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham, 34, berkata pada usia kandungan tujuh bulan, dia kini lebih mudah berasa letih dan tidak mampu berdiri terlalu lama.

“Saya cepat berasa lelah sebab tak cukup nafas bila mengandung. Saya juga tak boleh berdiri terlalu lama. Malah ada hari yang saya tak dapat nak puasa sebab kerap rasa nak pitam.

Sarat hamil tujuh bulan, Izara Aisyah tetap cuba berpuasa walaupun ada hari hampir pitam.

"Saya tak bangga tapi terpaksa berbuka awal kalau betul-betul dah tak larat.

"Ada hari yang saya terduduk pitam hingga terpaksa minum air sebab doktor dah pesan saya kena selalu minum air untuk kekal hidrasi. Tapi Alhamdulillah ada hari yang saya berjaya puasa," katanya.

Dalam pada itu, Izara turut memberitahu kehamilan kali ini menunjukkan perubahan ketara terhadap dirinya apabila dia lebih menggemari perkara lasak seperti menonton perlawanan tinju.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Izara Aishah hamil anak ketiga

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh garang buat live di TikTok, Izara Aishah minta netizen bertenang

“Pada kehamilan anak pertama dan kedua saya sangat feminin, tapi kali ini saya ingatkan bakal timang anak lelaki sebab saya suka melihat perkara yang lasak seperti menonton perlawanan tinju.

"Bagaimanapun anak ketiga ini doktor beritahu saya bakal dikurniakan anak perempuan.

"Selain itu saya juga kerap marah kalau ada orang yang tak serius bila buat kerja.

Izara dijangka bersalin selepas Aidilfitri. 

"Saya kalau bab kerja memang serius dan agak perfectionist. Saya akan cepat ‘triggered’ bila tahu kerja dibuat itu dah tahu salah tapi masih lakukan kesalahan sama. Rasanya orang lain pun akan ada perasaan ini,” katanya.

Untuk rekod, Izara mendirikan rumah tangga dengan Adib Khalid pada 17 November 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Irisa Alaia, 6, dan Amara Amina, 2. 

Artikel Lain