SEBAGAI anak kepada seorang bintang legenda, penyanyi Zaki Yamani terpaksa akur apabila bakatnya sering kali dibandingkan dengan bapa sendiri iaitu Datuk Jamal Abdillah.Malah, dia tidak terlepas daripada kecaman sesetengah pihak yang melihat nyanyiannya seakan-akan meniru gaya persembahan Jamal. Zaki atau Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 20, bagaimanapun menegaskan dia memiliki identiti tersendiri ketika tampil membuat persembahan.Zaki ada identiti sendiri ketika menyanyi. "Suara saya dengan ayah memang tidak sama. Tetapi yang peliknya, orang masih bercakap perkara itu dan kecam dengan mengatakan saya tiru suara ayah."Saya tahu suara saya sendiri. Jadi tak perlu nak komen bila orang terus cakap suara kami sama," katanya kepada mStar.Zaki dalam masa sama tidak menafikan sesekali suaranya kedengaran sama seperti Jamal terutama apabila menyanyikan lagu popular bapanya itu. ARTIKEL BERKAITAN: Sorok kisah cinta, Zaki Yamani takut orang ingat dirinya songsang ARTIKEL BERKAITAN: Zaki Yamani terkejut dapat lima tawaran berlakon, nafi terima peluang sebab anak Jamal AbdillahNamun, itu bukan alasan untuk orang ramai terus melabelkan dirinya sebagai seorang penyanyi yang tidak memiliki identiti sendiri."Dah memang saya anak dia, mestilah ada sedikit tone sepertinya. Bila menyanyi lagu dia, mestilah keluar seperti bunyi yang pernah kita dengar,” katanya. Sementara itu, bercakap tentang perjalanan kerjaya seni, Zaki juga sedar dia masih belum mendapat sebuah karya yang mampu melekat dan menjadi halwa telinga pendengar.Zak mahu terus buktikan bakat dalam nyanyian. Biarpun begitu, dia tidak pernah berputus asa untuk terus tampil dengan lagu-lagu baharu setiap tahun."Tahun lepas saya ada lagu duet bersama Dahlia dan mendapat sambutan baik. Cuma lagu itu tidak bertahan lama. Mungkin kurang daripada sudut promosi."Saya tidak boleh nak berputus asa sebab ini jalan yang dipilih dan saya tidak mahu sia-siakan. Tahun ini saya tampil dengan sebuah lagu raya selain tiga karya lain selepas itu," jelasnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube