suria

Fasha Sandha minta ruang, belum teliti babak panas lakonan suami… “Terima kasih kerana menegur” 

Fasha ambil pendekatan tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu.

SUAMI dikecam gara-gara melakukan babak panas ketika Ramadan, pelakon Fasha Sandha mengambil pendekatan untuk tidak mengulas panjang. 

Jelas Fasha, 42, dia meminta untuk diberikan masa dan ruang memandangkan masih belum sempat untuk menonton episod dalam drama Sujud Terakhir Encik Norman yang menjadi kontroversi itu. 

"Saya memohon agar diberikan masa untuk komen kerana saya belum sempat menonton episod terseut kerana sibuk dengan persiapan drama terbaru saya," katanya kepada mStar. 

Babak tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen. 

Bagaimanapun, Fasha berterima kasih kepada peminat yang sentiasa menegur setiap kesilapan yang dilakukannya ataupun suami. 

"Terima kasih kerana mereka menegur untuk kebaikan. Sejujurnya saya rasa tidak layak untuk komen kerana tidak terlibat dalam drama tersebut. 

"Tapi insyaAllah bila ada masa dan ruang, saya akan beri komen," ujarnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Babak intim dalam kereta teruk kena kecam, ini respons Aidil Aziz

ARTIKEL BERKAITAN: Tak hormat bulan Ramadan, watak berahi Aidil Aziz dan Trisha Oii didakwa keterlaluan… “Mana had batas produksi dan pelakon yang sudah beristeri”

Untuk info, babak panas yang memaparkan watak Norman lakonan Aidil dan Alisa (Trisha) dalam episod kelapan drama tersebut dikatakan terlalu mesra selain terdapat adegan disifatkan tidak senonoh.

Berdasarkan video yang dihantar seorang peminat kepada mStar, Aidil dilihat mempamerkan ekspresi ghairah ketika menerima layanan daripada Trisha. 

Lebih teruk lagi apabila kedua-dua mereka seolah-olah sedang bercium di dalam kereta, namun adegan berkenaan dikaburkan.

Aidil enggan berikan respons mengenai babak tersebut. 

Aksi tersebut nyata mengundang rasa kurang senang dalam kalangan penonton yang menyifatkan ia tidak sesuai ditayangkan dalam bulan Ramadan.

Malah ada yang menganggap Aidil sekaan-akan tidak menghormati isterinya iaitu Fasha kerana membuat aksi yang dianggap lucah itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain