PELAKON Aedy Ashraf tampil berani mendedahkan kehidupan gelap dan sosialnya semasa remaja sehingga awal dewasa.Menurut Aedy atau nama sebenarnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 33, dari umur 16 hingga 26 tahun, dia melalui fasa hidup tanpa panduan selain penuh rasa ingin tahu terhadap dunia sekeliling. "Saya sangat liar semasa membesar. Bila tengok diri saya umur 16 sampai 26, saya tak nampak macam 'broken kid'. Saya macam remaja yang tiada panduan apabila sentiasa nak tahu dan mencuba apa sahaja," katanya. Aedy mendedahkan perkara itu dalam podcast Kita-Kita Aje!Aedy berkongsi perkara itu menerusi sesi temu bual audio Kita-Kita Aje! bersama pengacara Datuk Aznil Nawawi yang dimuat naik di YouTube.Dalam sesi itu, Aedy mengakui pernah terlibat dengan kegiatan negatif termasuk terjerumus dengan dadah."Saya terlibat dengan dadah, kelab malam, berpesta malah pernah terlibat dalam kes pecah kereta dan samun.ARTIKEL BERKAITAN: Lahir ketika bapa dalam penjara, Aedy Ashraf kongsi pengalaman pernah ‘diculik’... “Sekarang dia di Kelantan, dah jadi orang masjid”ARTIKEL BERKAITAN: Tangan ‘abang’ merayap dalam kereta, umpan beli beg baharu... Aedy Ashraf trauma tapi pilih jalan memaafkan“Mungkin salah pilih kawan tapi tak adil untuk saya salahkan orang lain sebab ini saya yang mahu teroka. Bagi saya, cara untuk belajar adalah melakukan sesuatu sebelum tahu betul atau salah," ujarnya. Tambah Aedy, dia kini tidak lagi terlibat dengan perkara tersebut kerana doa daripada ibu tercinta."Apa yang buatkan saya menjadi sekarang ini adalah doa ibu saya," ujarnya. Aedy mendedahkan perkara tersebut sebagai pengajaran dan inspirasi kepada ornag lain. Aedy menegaskan apa yang dikongsikan bukan untuk berbangga, tetapi sebagai pengajaran dan inspirasi kepada generasi muda agar tidak terjebak dalam perkara yang boleh merosakkan diri."Saya cerita ini bukan untuk berbangga, tapi nak jadikan inspirasi supaya tidak terlibat dengan perkara-perkara ini," katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube