PELAKON Aedy Ashraf mendedahkan pengalaman pahit yang dipendam sejak kecil mendakwa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual ketika berusia 10 tahun. Aedy atau Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 33, berkata kepercayaan terhadap lelaki yang dianggap sebagai abang itu berubah selepas satu insiden di dalam kereta. "Pada waktu itu sepatutnya dia kena hantar saya pulang tetapi katanya mengantuk dan nak tidur dalam kereta. "Saya memang dah anggap dia macam abang jadi saya okay saja. Lepas tu tangan dia merayap ke arah saya. Aedy memilih untuk memaafkan lelaki terbabit."Saya tak tahu nak buat apa masa tu, saya tak tahu sama ada patut lari, menjerit atau biarkan saja. Saya budak lagi ketika itu," katanya. Aedy berkongsi perkara itu menerusi sesi temu bual audio siar Kita-Kita Aje! bersama pengacara Datuk Aznil Nawawi yang dimuat naik di YouTube.Bercerita lebih lanjut, menurut Aedy lelaki itu juga memujuk agar tidak mendedahkan perbuatan tersebut kepada orang lain. Tidak terus berdiam, Aedy kemudian menceritakan insiden tersebut kepada ibunya.ARTIKEL BERKAITAN: Lahir ketika bapa dalam penjara, Aedy Ashraf kongsi pengalaman pernah ‘diculik’... “Sekarang dia di Kelantan, dah jadi orang masjid”ARTIKEL BERKAITAN: Apa jadi 10 tahun lepas? Aedy Ashraf tolak trend throwback 2016… “Tak nak ingat zaman itu”"Mungkin dia sedar dengan reaksi kekok saya itu, dia pancing cakap nak belikan beg baru. "Dia bawa saya ke pusat membeli-belah, kebetulan pakcik saya bekerja di sekitar itu. Saya hubunginya untuk datang ambil saya. "Bila sampai rumah saya cerita dekat ibu. Ibu sangat marah dan cakap kepada lelaki itu suruh datang jumpa kami. Lelaki itu datang jumpa ibu dan selebihnya biarlah ia menjadi sejarah kami," jelasnya. Aedy mengakui bahawa pengalaman pahit itu meninggalkan kesan mendalam terhadap dirinya terutama dari sudut emosi dan keyakinan. Aedy tidak menyangka individu yang dianggap sebagai abang mengambil kesempatan terhadapnya.Pun begitu, aktor berkenaan memilih untuk memaafkan sebagai cara untuk melepaskan beban trauma dan terus melangkah ke hadapan."Saya tak nafikan situasi itu menganggu tetapi sampai bila nak biarkan trauma tersebut ada dalam diri ini. "Perkara terbaik boleh saya lakukan adalah memaafkannya. Saya jumpa saja dia sekarang tetapi apa boleh saya buat?"Tapi saya bersyukur pada hari kejadian saya terus beritahu kepada ibu kerana ada kanak-kanak yang keliru tak tahu nak buat apa terus berdiam diri," jelasnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube