suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Taqim Zaki tak cemburu kawan lagi popular, berlakon cuma hobi lepaskan tekanan

PELAKON Taqim Zaki mengakui tidak berasa cemburu melihat kejayaan rakan-rakan artis lain meskipun namanya sendiri tidak popular setelah hampir 20 tahun berada dalam industri seni.

Menurut Taqim atau Mustaqim Mohamed Zaki, 37, dia tidak pernah meletakkan populariti sebagai matlamat utama  kerana lebih selesa menjadikan lakonan sebagai hobi dan terapi untuk melepaskan tekanan kehidupan harian.

“Saya suka tengok kawan-kawan yang seangkatan dengan saya boleh terbang tinggi-tinggi. Saya memang seronok tengok mereka berjaya.

“Saya rasa watak saya dalam industri ini mungkin untuk angkat dan sokong kawan-kawan supaya pergi lebih jauh, saya memang jadikan lakonan sebagai hobi untuk lepaskan tekanan kehidupan seharian.

“Terus terang saya memang segan dengan populariti, saya tak pernah kejar benda itu,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi