suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ditipu empat kali penganjur sama, Klangit rasa diperbodohkan akibat terlalu percayakan orang

KUMPULAN Klangit meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa menjadi mangsa penipuan seorang penganjur konsert sehingga mengalami kerugian mencecah puluhan ribu ringgit.

Menurut vokalisnya iaitu Ary Klangit memberitahu akibat terlalu banyak beri peluang kepada individu terbabit kerana simpati dengan masalah dihadapi namun akhirnya tetap dianiaya sebanyak empat kali.

“2026 ni baru kami rasa ada peristiwa yang tak best, kami terlalu percayakan orang dan terlalu bagi muka dalam urusan bisnes sampai empat kali kami kena tipu dengan orang sama.

“Bila terlalu percaya, akhirnya macam nilah yang jadi, bila penganjur konsert dah lock tarikh kami, kami pegang janji dia jadi tolak job lain sebab hormat perjanjian.

“Tapi last minute dia batal, kali pertama jadi kami masih boleh sabar tapi untuk kali ketiga saya ada jumpa dia dan dengar sendiri masalah dia. Bila dia cerita pasal kesusahan hidup, kami kesian dan bagi peluang lagi sampai kali keempat," katanya kepada mStar.

Mengulas mengenai jumlah kerugian dialami, Ary berkata wang tersebut dianggarkan mencecah puluhan ribu ringgit.

“Banyak cecah puluhan ribu ringgit, senang cakap jumlah dia boleh pergi umrah, kami cuma doa yang baik-baik untuk dia, tapi saya akui sekarang ni masih marah dan takut terlepas cakap benda yang tak elok,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi