suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kos terapi anak cecah RM1,700 sebulan, Azmi Saat belum mampu hantar sekolah setiap hari

PENYANYI Azmi Saat memaklumkan anaknya, Khalisa Insyirah kini mula menunjukkan perkembangan positif menerusi Program Intervensi Awal atau Early Intervention Program (EIP) dalam usaha membantu tumbesarannya.

Menurut Azmi atau Khairul Azmi Muhammad Saat, 39, cahaya matanya yang kini berusia dua tahun itu masih belum mampu bertutur, namun perkembangan daripada segi kemahiran asas dilihat semakin baik sejak Khalisa menjalani sesi terapi secara berkala.

“Anak masih menjalani EIP, seminggu memang hantar ke sekolah sebanyak tiga kali. Masih dalam proses, belum boleh bercakap tapi ada perkembangan positif,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Azmi mengakui kos rawatan dan terapi yang perlu ditanggung agak tinggi, namun tetap reda serta percaya setiap rezeki yang diterima.

Katanya, kos keseluruhan bagi rawatan anaknya termasuk terapi cara kerja mencecah kira-kira RM1,700 sebulan.

Malah, penyanyi itu mengakui dirinya berasa sedih apabila mengenangkan kekangan yang dihadapi, terutama apabila tidak dapat memberi perhatian dan pendidikan sepenuhnya seperti kanak-kanak lain.

“Kos EIP sebulan RM1,000, perlu terapi cara kerja juga sebulan dalam RM700. Memang agak mahal kalau nak dikira, cuma kami beri apa yang termampu sahaja.

“Ikut hati memang nak hantar hari-hari ke sekolah supaya dia lebih banyak masa di sana dan ada yang mengajar. Tapi keadaan tidak mengizinkan.

“Bila di rumah, banyak perkara terbatas. Bila berdua dengan dia, saya ada rasa sedih sebab tak boleh ajar dia seperti kanak-kanak lain,” ujarnya.

Azmi dan isteri iaitu Nazira dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada November 2023.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi