suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rezeki lakonan tak 'sekencang' rakan lain, Fadhli Masoot cuma dapat satu tawaran sebulan

DILIHAT kerap membintangi filem berbanding drama, pelakon Fadhli Masoot bagaimanapun mengakui dia tidak menerima tawaran kerja sebanyak rakan-rakan seangkatan yang lain.

Meskipun begitu, Fadhli atau Mohd Fadhli Masoot, 30, tetap bersyukur kerana rezekinya dalam dunia seni masih belum terputus.

“Kawan-kawan saya yang lain, dalam sebulan dapat tiga atau empat kali panggilan dan terima tawaran kerja, itu bolehlah cakap banyak.

“Tapi saya pula sebulan satu job sahaja. Malah sebelum tamat siri Projek: High Council pun, saya dah nak habis penggambaran baru ada tawaran kerja lain.

“Apapun saya tetap bersyukur, tidaklah putus rezeki itu untuk masa yang lama. Saya okay sahaja dengan rezeki Allah sudah aturkan ini,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut mengenai situasi itu, Fadhli berkata dia menyedari kekurangan dirinya dari sudut pemasaran dan hubungan industri kerana bergerak secara sendiri tanpa pengurus.

Malah, sifatnya yang pemalu juga menjadi salah satu faktor dia kurang bergaul dengan orang industri terutama pihak atasan.

“Mungkin juga sebab saya bergerak solo, tiada pengurus yang boleh buat perhubungan awam. Saya pula jenis segan nak cakap dengan orang atasan, jadi mungkin di situ ada kekurangan saya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fadhli kini sedang menjalani penggambaran filem terbaharu berjudul HAK: Tuntut Atau Tunduk arahan Ezrie Gazali.

Selain Fadhli, filem tersebut turut dibintangi barisan pelakon seperti Syafiq Kyle, Beto Kusyairy, Kodi Rasheed, Mimi Lana, Aziz M. Osman, Radhi Khalid, Rubini Sambanthan, El Umar Mokhtar dan Datuk Fizz Fairuz.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi