suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berselubung dengan kain putih, Andi Bernadee belum sedia tunjuk wajah... Masih dalam proses penyembuhan

SELEPAS enam bulan menghilang, penyanyi Andi Bernadee akhirnya kembali aktif mewarnai industri hiburan.

Pun begitu, penampilan Andi mengenakan kain putih menutup wajah dan separuh anggota badannya mencuri perhatian netizen.

Menurut Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile, 35, dia masih belum bersedia untuk berkongsi punca dirinya tampil dengan imej tersebut.

“Sebenarnya saya pakai ni nak mengelakkan daripada orang terus bercakap perkara negatif atau menyakitkan hati dan saya belum sedia untuk berkongsi kepada semua keadaan saya sekarang ini.

“Sebelum ini kan saya kurus sebab sakit jadi ramai yang cakap bukan-bukan pasal saya jadi terpaksa tutup macam ini dan tunggu masa yang sesuai saya akan dedahkan kepada semua bagaimana rupa atau badan saya nanti.

“Lama juga saya tidak keluar dan berjumpa dengan orang dan bila buat keputusan pakai kain ni atas persetujuan saya dan pihak pengurusan juga dan ada sebab-sebab tertentu yang tak boleh beritahu,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi