suria

Selepas dua tahun bersama Search, Pasya harap jadi vokalis tetap

MESKIPUN sudah dua tahun bekerjasama dengan kumpulan Search, penyanyi Pasya mengakui dia tidak pernah berkecil hati apabila namanya masih belum diiktiraf sebagai vokalis tetap kumpulan legenda itu.

Menurut Pasya atau nama sebenarnya Faizul Ashraff Fauzi, 32, dia menerima segala ketentuan dengan hati terbuka selain bersedia sekiranya diberikan peluang untuk menggalas tanggungjawab sebagai penyanyi tetap Search pada masa akan datang.

“Buat masa sekarang ini saya macam lulus untuk kumpulan Search dan lihat komen positif daripada persembahan konsert sebelum ini dan semua konsert Search mereka akan panggil saya.

“Saya ada dengan Search sejak 2024 sampai la sekarang dan tanya la penyanyi rock mana pun siapa tak mahu masuk kumpulan Search ni tapi tak apa buat saja kerja elok-elok, tunjukkan displin serta komitmen bagus kalau ada rezeki insha allah.

“Saya kerap bertanya dengan kumpulan Search ni, kadang-kadang jadi macam wartawan tanya apa perancangan selepas ini tak ada ke album baru ke, kalau ada album memang bagus la tapi saya faham faktor sekarang ni memang susah nak jual,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi