suria

Ramai ingat pelawak tapi sebenarnya Ieda Moin bermula sebagai pelakon ‘air mata’

SERING tampil dengan watak mencuit hati membuatkan pelakon Ieda Moin berdepan kesukaran untuk mendapatkan tawaran membawa watak serius dan beremosi.

Kata Ieda atau Siti Haida Abd Moin, 46, ramai dalam kalangan penerbit dan penonton sudah terbiasa melihat dirinya dalam genre komedi sehingga menganggap dia lebih sesuai membawa watak sebagai pelawak berbanding pelakon.

“Buat masa sekarang ini saya masih lagi terima untuk berlakon cerita komedi dan selepas raya ini memang ada tawaran juga alhamdulilah walaupun dunia komedi semakin macam nak tidur.

“Saya sebenarnya bukan pelakon komedi saja, ramai orang salah anggap sebab dulu pun saya memang pelakon air mata tau.

“Watak serius ada dan antogonis pun ada cuma hanya beberapa pengarah saja yang berani panggil saya berlakon watak macam tu,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi