suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Bukan sorok kekasih, Tracie Sinidol enggan kisah cinta jadi tatapan umum… Hubungan dengan Hariz Hamdan hanya kawan

KISAH peribadi pelakon mula Tracie Sinidol menjadi bualan ramai apabila didakwa sudah memiliki teman lelaki yang dirahsiakan identitinya.

Menjawab perkara tersebut, Tracie, 25, berkata tidak pernah berniat menyembunyikan apa-apa daripada peminat, namun memilih untuk tidak terlalu terbuka bercerita tentang pasangan. 

"Saya tidak pernah berniat menyembunyikan apa-apa daripada peminat, namun memilih untuk lebih berhati-hati dalam berkongsi mengenai kehidupan peribadi.

Tracie jaga privasi orang sekeliling.

“Yang tahu, tahulah. Saya tidak sorok apa-apa pun," katanya kepada mStar.

Tracie berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sesi temu bual drama Dendam Seorang Mentua yang berlangsung di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa.

Menurut Tracie, dia sememangnya seorang yang sangat menjaga hal peribadi daripada menjadi tatapan umum selain tidak pernah berkongsi foto mengenai keluarganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak ‘flash’ putih sebelum gelap, Tracie Sinidol hampir hilang penglihatan

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat juga seperti kawan rapat, Tracie Sinidol ada cara sendiri jaga hubungan baik

Ibunya sendiri juga tidak selesa sekiranya menjadi tumpuan orang ramai.

“Saya memang suka simpan kisah peribadi. Kalau orang perasan, saya pun tidak pernah kongsi gambar keluarga di media sosial.

“Saya suka melindungi orang yang saya sayang sebab tidak mahu mereka terdedah dengan dunia luar. Tambahan pula mereka juga sukakan privasi.

Saya pun lebih suka orang yang lebih tua dari saya.

TRAICE SINIDOL

PELAKON

"Ibu saya sendiri ada cakap dia tidak mahu muncul depan kamera. Jadi saya hormat perkara itu dan tidak akan kongsi apa-apa mengenai kisah peribadi,” ujarnya.

Sementara itu, Tarcie memaklumkan hubungannya bersama aktor Hariz Hamdan juga tidak lebih dari seorang rakan yang rapat.

Malah sebelum ini, kemesraan mereka hanya sekadar untuk tujuan promosi semata-mata.

Tracie fokus bina karier terlebih dahulu.

"Kami kawan rapat, semua orang kami kawan. Saya pun lebih suka orang yang lebih tua dari saya.

"Saya rasa video itu viral kerana kami buat konten bersama. Saya rasa idea tim itu bagus kerana buat jalan cerita yang menarik perhatian ramai," luahnya.

Sebelum ini, kemesraan Tracie dan Hariz menjadi perhatian ramai apabila mereka dilihat membuat siaran langsung untuk sebuah produk selain memanggil dengan panggilan sayang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain