suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Chacha Maembong makin langsing kerana pengaruh kawan, bukan sebab bahagia bercinta

PENAMPILAN dan wajah pelakon Chacha Maembong yang terlihat semakin berseri menerusi beberapa drama terbaharu lakonannya menerima pujian ramai penonton.

Chacha atau Siti Aishah Ismail, 30, bagaimanapun menyangkal dakwaan kononnya dia semakin langsing dan cantik disebabkan sedang hangat bercinta.

Kata Chacha, perubahan fizikal dipengaruhi persekitaran sihat termasuk rakan-rakan yang membawa aura positif ke dalam hidupnya.

Chacha makin aktif jaga kesihatan diri.

“Saya pun terkejut bila orang kata perubahan ini sebab lelaki. Sebenarnya bukan, tapi disebabkan kawan saya, Tracie Sinidol. Dia banyak ajak saya buat aktiviti sihat.

“Bila selalu keluar dengan dia, tanpa sedar berat badan turun, dagu berlapis pun hilang. Jadi kalau nak kata faktor utama, memang kawan, bukan cinta,” katanya kepada mStar.

Chacha berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sesi temu bual drama Dendam Seorang Mentua yang berlangsung di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Gosip kakak putus cinta... Chacha Maembong harap orang luar tak beri tekanan, puji Emma wanita kuat!

ARTIKEL BERKAITAN: Seronok dibenci peminat kerana watak jahat, Chaca Maembong anggap satu pujian

Menurut Chacha, rasa bahagia tidak semestinya datang daripada pasangan namun boleh dilihat melalui persekitaran yang positif.

“Tak semestinya kita nampak berseri itu sebab bercinta. Bahagia boleh datang daripada keluarga, kawan dan suasana sekeliling.

“Kalau persekitaran kita positif, secara automatik kita pun jadi lebih gembira dan nampak berseri. Itu yang saya rasa sekarang,” ujarnya.

Sekurang-kurangnya saya jaga pemakanan.

CHACHA MAEMBONG

PELAKON

Dalam masa sama, Chacha mengakui jadual kerja yang padat juga memberi kesan kepada perubahan tubuh badannya.

Disebabkan itu,dia berusaha menjaga tubuh badannya terutama dari segi pemakanan agar dapat membantu mengekalkan kesihatan untuk jangka masa lama.

“Saya tak kata diet sepenuhnya, tapi saya mula kurangkan makan dan cuba amalkan gaya hidup lebih sihat.

Chacha fokus jaga pemakanan.

“Sebelum ini memang sibuk sangat, tidur lewat, minum kopi setiap hari. Jadi bila ada masa, saya cuba bersenam dan makan lebih sihat walaupun di lokasi penggambaran.

“Kalau tak sempat bersenam pun, sekurang-kurangnya saya jaga pemakanan. Saya bawa makanan dari rumah supaya lebih sihat. Sedar tak sedar, berat badan pun turun. Yang penting, saya rasa lebih sihat sekarang,” luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain