HAMPIR dua tahun memegang status duda, penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob mengakui sudah terbuka hati untuk kembali mencari pasangan hidup.Menurut Fazley, 48, dia kini serius dalam soal mencari jodoh dan mempunyai beberapa kriteria tersendiri dalam memilih bakal isteri. “Ramai pula yang tanya saya sejak beberapa minggu ini. Ya, cari jodoh ini memang betul untuk saya,” katanya menerusi hantaran di aplikasi Thread.Fazley luah hasrat mencari pasangan hidup.Dalam pada itu, Fazley turut mengakui mencari wanita berwajah Cina selain mempunyai penampilan yang menepati citarasanya.Dia bagaimanapun sentiasa terbuka untuk mengenali mana-mana wanita dan bersedia berkenalan dengan mereka menerusi media sosial.“Dan ya, saya masih minat rupa Chinese look, bukan jenis terlalu kurus dan bersih licin, seperti yang sudah tahu.ARTIKEL BERKAITAN: “Buat konsert bukan macam masak ayam gepuk” - Fazley Yaakob tegur netizen bandingkan suara penyanyi lama dengan zaman mudaARTIKEL BERKAITAN: Fazley Yaakob terima banyak DM foto ketiak daripada wanita… “Mereka tanya bersih atau tidak”“Terbuka untuk semua. Jangan segan untuk DM atau buat first move dulu. Tak cuba, tak tahu kan?” ujarnya.Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai netizen yang rata-ratanya mengakui sukar untuk menandingi bekas isterinya.Dalam masa sama, ada juga secara terbuka menyatakan minat untuk mencuba nasib mendekati penyanyi lagu Asmara Ini itu.Fazley mempunyai empat orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.Untuk rekod, Fazley mendirikan rumah tangga dengan Azrene Soraya Abdul Aziz pada 2006 namun ikatan perkahwinan selama 18 tahun itu berakhir dengan penceraian pada 2024 lalu.Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, Ahmad Fieradz Shah, Ahmad Fierudz Shah, serta Alayna Selma.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!