PELAKON dan pengarah, Datuk Yusry menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan kewujudan akaun palsu di Threads yang menyamar menggunakan identitinya.Yusry atau Yusry Abdul Halim, 53, individu tidak bertanggungjawab itu menggunakan nama serta foto yang diambil daripada akaun peribadi miliknya bagi memperdaya pengguna media sosial. "Saya diberitahu ada akaun palsu menggunakan nama saya. Hati-hati ya. Mereka adalah scammers. Yusry mendedahkan terdapat akaun palsu di Threads yang menggunakan namanya."Gambar profil dan content mereka curi daripada akaun sebenar saya," katanya. Yusry berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads pada Rabu. Dalam pada itu, Yusry berkata akaun palsu tersebut kelihatan hampir sama seperti akaun asal miliknya sehingga boleh mengelirukan orang ramai.ARTIKEL BERKAITAN: Tak cukup hanya panggilan telefon, Yusry kekok bila berjauhan dengan isteri... “Itu juga menyakitkan sebab Lisa tiada di sini ARTIKEL BERKAITAN: Yusry gagal rayuan haji, Lisa Surihani percaya ada hikmah... “Mungkin abang lebih diperlukan untuk jaga anak-anak”"Sekali imbas memang macam akaun saya. Tolong perhatikan ejaan nama akaun tersebut," ujarnya. Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen turut berkongsi kebimbangan terhadap taktik penipuan yang digunakan scammer berkenaan."Okay dah tengok fake account tu, ayat standard scamer asal siapa tengok post nak bagi duit belanja. Akaun palsu (kanan) menggunakan nama Yusry cuba memperdaya pengguna media sosial. "Saya perasan modus operandi dia semua artis-artis dalam Malaysia ni, hati-hatilah artis lain mereka (scammers) tengah stalk akaun korang," tulis netizen.Sebelum ini, sebuah akaun Threads menggunakan nama @yusryabdulhaliim dipercayai berjaya memperdaya beberapa pengguna apabila kerap memuat naik hantaran menawarkan ganjaran wang tunai kepada individu yang melihat perkongsiannya.Akaun tersebut juga didakwa menyertakan kod QR untuk diimbas, yang dipercayai menjadi sebahagian daripada taktik penipuan bagi memperdaya mangsa.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!