suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya rempit pun dapat title penyanyi” - Artis BBNU Apau Qhaliff tak peduli dikecam bawa imej ‘mat motor’

PENYANYI Apau Qhaliff tidak berkecil hati membaca kecaman netizen yang mempertikaikan kelayakannya sebagai penghibur hanya kerana membawa imej 'mat motor'.

Menurut Apau, 19, segala komen negatif diterima itu sama sekali tidak menjejaskan semangatnya untuk terus aktif dalam dunia seni, meskipun ada yang mengkritik dia tidak memiliki vokal yang bagus untuk bergelar penyanyi.

“Saya tidak kisah orang nak cakap apa mengenai diri saya sebab kalau boleh jangan pandang imej saja kerana banyak je golongan motorsikal yang berjaya sekarang ini.

“Saya masuk dalam industri dan keluarkan lagu ini bukan untuk promosikan ‘mat rempit’, dalam video pun tak ada satu perkara jahat atau negatif yang ditampilkan.

“Nak kecam ke apa saya tidak peduli sebab yang penting dapat peluang menjadi penyanyi dan ada pihak label muzik panggil saya,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Apau baru saja melancarkan single terbaharunya berjudul Cinta Mati yang kini boleh didengari di semua platform penstriman digital bermula Jumaat.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi