suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak Ellie Suriaty diminta kuruskan badan, Azrell Iskandar tak kecil hati terima teguran

ANAK kepada pelakon Ellie Suriaty iaitu Azrell Iskandar berkata dia pernah diminta menurunkan berat badan sekiranya mahu aktif dalam dunia lakonan.

Azrell atau Azrell Omar Azri Iskandar bagaimanapun tidak berkecil hati dengan teguran tersebut, malah menganggap ia sebagai pembakar semangat untuk terus memperbaiki diri dan menjadi pelakon yang lebih versatil.

“Saya pernah tanya beberapa pihak pihak dan secara jujurnya mereka meminta saya untuk menurunkan berat badan sekiranya nak berlakon tapi lepas saya berlakon drama Anak Lorong ni ramai pula tak bagi kurus.

“Saya tahu permintaan penonton bagaimana, jadi bagi saya tidak terasa hati sebab kalau kurus pun sihat juga sebenarnya.

“Saya ambil kata-kata ini sebagai pembakar semangat untuk berjaya dan menjadikan diri ini lebih bagus sebagai seorang pelakon,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi