suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aura sebagai pengarah dah kurang, Aziz M. Osman sedar namanya bukan lagi jaminan penonton ke pawagam

PENGARAH dan pelakon, Aziz M. Osman mengakui sudah tiba masanya untuk dia lebih realistik dalam melihat perubahan landskap industri perfileman tempatan, terutamanya daripada sudut penerimaan penonton untuk ke pawagam.

Kata Aziz, 64, dia kini lebih berhati-hati dalam membuat keputusan untuk mengarah filem kerana tidak mahu membazirkan tenaga serta wang pihak lain sekiranya karya yang dihasilkan tidak lagi mampu menarik minat penonton seperti dahulu.

“Bukan berhenti mengarah, saya tidak mahu bazirkan tenaga dan duit orang. Saya percaya untuk pancing orang beli tiket filem saya sudah hampir tidak ada.

“Penonton sekarang sudah lain, untuk mereka belanja tonton wayang pun paling sikit RM40 hingga RM50 jadi mereka akan pastikan duit yang dibelanja itu berbaloi.

“Nama Aziz M. Osman tidak dapat beri satu kepastian akan beri kepuasan kepada penonton. Lebih baik saya cakap daripada perasan sendiri,” katanya kepada mStar.

Tambah Aziz, dia tidak melihat situasi tersebut sebagai sesuatu yang mengecewakan, sebaliknya menganggap ia sebagai kitaran biasa dalam perjalanan seseorang pengarah filem.

“Saya tidak berkecil hati dengan situasi sekarang, bagi saya ia memang satu kitaran bagi seseorang pengarah.

“Saya bangga dengan karya saya seperti Leftenan Adnan, Senario, XX Ray dan Puteri Impian,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Aziz sedang sibuk penggambaran filem terbaharu lakonannya berjudul HAK: Tuntut Atau Tunduk arahan Ezrie Gazali.

Filem tersebut turut menampilkan barisan pelakon seperti Syafiq Kyle, Beto Kusyairy, Kodi Rasheed, Mimi Lana, Fadhli Masoot, Radhi Khalid, Rubini Sambanthan, El Umar Mokhtar serta Datuk Fizz Fairuz.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi