suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Aku pernah record Rahim berak” - Shuib Sepah rindu kenangan lama, makin tenang selepas berbaik

PELAWAK Shuib Sepah mengakui kehidupannya kini lebih tenang selepas hubungan yang sebelum ini renggang dengan Rahim Sepahtu akhirnya kembali pulih.

Menurut Shuib atau Shahmira Muhammad, 42, dia juga terbuka untuk kembali bergandingan dengan Rahim sekiranya diberikan peluang untuk bekerjasama semula pada masa akan datang.

“Betul la hidup saya sekarang bertambah bahagia bila sudah berbaik semula dengan Rahim dan selalunya akan hubungi Mamat untuk borak-borak tapi kali ini Rahim pula.

“Seronok la dapat berkawan balik dengan Rahim sebab dia kawan yang baik dan satu-satunya yang saya boleh bergurau lain sikit, boleh peluk, cium dia tapi tak marah.

“Saya satu-satunya kawan yang boleh bergurau rakam Rahim tengah membuang air besar dan masukkan tangan dalam seluar jadi itu menunjukkan betapa rapatnya kami, saya terbuka sekiranya ada peluang untuk kerjasama balik dengan Rahim nanti,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi