suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua tahun terpaksa duduk JB, Hasif Upin dedah tawaran nyanyian tak semeriah dulu

PENYANYI Hasif Upin mengakui kerjaya nyanyiannya kini tidak lagi semeriah dahulu selepas membuat keputusan menetap sepenuhnya di Johor sejak lebih dua tahun lalu.

Menurut Hasif atau Muhamad Hasif Sharaudin, 34, perpindahan itu dibuat susulan konflik berlaku antara dirinya dengan pihak pengurusan ketika namanya sedang meningkat naik dalam industri hiburan.

“Sekarang memang sepenuhnya duduk Johor kalau ada job baru saya pergi Kuala Lumpur sebab merajuk sikit pun ya tapi macam lebih kepada terpaksa pindah sini.

“Sudah lebih dua tahun saya menetap dekat Johor, dulu ada juga ulang-alik KL tapi sekarang memang duduk sini saja.

“Kalau dulu dekat KL memang banyak tawaran menyanyi tapi sekarang dekat Johor ni lebih banyak content review makanan dan kedai, tawaran menyanyi tu memang kurang dah.

Berkongsi lanjut mengenai konflik bersama pihak pengurusan, Hasif menjelaskan perkara itu bukanlah pergaduhan besar sebaliknya lebih kepada salah faham yang berpanjangan.

“Sebenarnya macam gaduh anak dengan ayah sahaja, pihak pengurusan saya saya okey sahaja tapi bila ada pihak lain masuk campur, benda jadi lebih serius,” jelasnya.

Dalam pada itu Hasif memberitahu sehingga kini dia dan pihak pengurusan masih belum berhubung namun dia tidak menyimpan dendam terhadap mana-mana pihak.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi