suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Norlia Ghani terkilan PM ‘kepit’ bajet untuk pelakon veteran, dilayan macam tiada nilai… “Entah berapa hari lagi kami hidup?”

AKTRES veteran, Norlia Ghani meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap segelintir pengurus produksi (PM) yang didakwa kurang menghormati pelakon lama dalam industri hiburan.

Menurut Norlia atau Norlia Abdul Ghani, 78, ada dalam kalangan pihak produksi yang seolah-olah tidak mengambil kira status serta pengalaman pelakon veteran ketika menguruskan sesuatu produksi.

“Sekarang ni banyak PM yang buat tu semua. Tapi mereka pun patut kenal la dia bercakap dengan siapa.

“Artis-artis veteran ni semua orang lama-lama. Kalau nak yang murah panggil pelakon tambahan atau orang muda, make-up mereka jadi tua,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Norlia turut berkongsi rasa terkilan apabila ada pihak yang didakwa memperlekehkan soal bayaran terhadap pelakon veteran, seolah-olah tidak memahami kesan terhadap golongan tersebut.

Tambahnya lagi, isu bajet produksi seharusnya tidak dijadikan alasan untuk memperkecilkan sumbangan pelakon veteran yang banyak berjasa dalam industri seni tanah air.

“Bila nak bayar macam kentang borong, tak bolehlah, tak sedap. Lagi ada yang kata kalau tak shooting, ibaratnya saya tak makan.

“Kita orang tua faham apa yang dia maksudkan, terasalah juga macam rasa diri direndah-rendahkan.

“Nak bayar bajet ada tapi kenapa nak kepit-kepit untuk orang tua dan lama ni, entah berapa lama lagi hidup,” jelasnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi