suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Tak perlu buka aib" - Eddie XPDC nasihat rakan artis jaga maruah, jangan kongsi hal peribadi

PEMAIN gitar kumpulan XPDC iaitu Eddie berpendapat seseorang artis tidak perlu membuka aib atau sejarah hitam sendiri sekiranya perkara itu tidak pernah diketahui umum.

Menurut Eddie, 53, pendedahan mengenai kisah silam seperti terlibat dengan gejala tidak bermoral itu hanya wajar dikongsikan sekiranya ia boleh dijadikan pengajaran kepada masyarakat.

“Kalau benda itu bukan sesuatu yang besar sampai orang ramai tahu, saya rasa tak perlu nak buka aib sendiri tapi kalau artis itu memang masyarakat sudah tahu dia pernah masuk pusat pemulihan, penjara atau ada sejarah hidup macam itu, mungkin dia boleh kongsi sebagai pedoman untuk generasi baru.

“Kalau orang tengok dia selama ini bersih dan okey, tiba-tiba nak cerita sejarah hitam sendiri, saya rasa benda itu tak perlulah,” katanya kepada mStar.

Tambah Eddie, kisah perjuangan seseorang artis lebih memberi inspirasi kepada generasi muda berbanding membuka kisah silam yang boleh mengaibkan diri sendiri.

“Kita boleh cerita dulu pernah tidur dekat bus stand, berjalan kaki jauh atau berhutang dekat kedai mamak sebab tak ada duit, kalau tanya kumpulan Search atau Wings sekalipun, mereka ada kisah struggle masing-masing.

“Daripada situ orang akan tahu kita bukan lahir daripada keluarga senang dan bukan terus main muzik boleh berjaya, itu yang sepatutnya dijadikan teladan untuk anak muda,” luahnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi