TINDAKAN luar jangka seorang kanak-kanak yang bertindak menyiram sebotol minyak petrol ke dalam kolam mengundang padah apabila ikan peliharaan milik tuan rumah mati serta-merta.Menerusi satu perkongsian di Threads, individu berkenaan mendedahkan insiden itu berlaku sewaktu majlis akikah bagi menyambut kelahiran anak saudaranya yang dihadiri ramai tetamu. Menurutnya, kanak-kanak tersebut yang datang bersama keluarganya bermain di kawasan sekitar rumah sebelum menjumpai petrol yang disimpan di dalam sebuah tong."Kesian dekat abang ipar aku. Dia ada pelihara ikan peacock (spesis tilapia) dalam kerek telaga. Suatu hari tu dia buat majlis akikah anak dia. Jadi ramai la yang datang.Ibu bapa perlu mengawasi aktiviti anak-anak terutama dalam majlis besar. -Gambar hiasan AI"Sepupu aku ni dia bawa anak dia. Mereka main dekat tanah. Anak sepupu aku ni jenis buas. Dia jumpa minyak petrol dalam tong. Dia siram dalam bekas ikan abang ipar aku," ceritanya.Akibat perbuatan itu, ikan peliharaan berkenaan mati, sekali gus menyebabkan pemiliknya menanggung kerugian.Bagaimanapun, lelaki tersebut dikatakan tidak memarahi kanak-kanak berkenaan meskipun kecewa dengan kejadian yang berlaku.Pada masa yang sama, individu itu turut menitipkan pesanan mendalam buat ibu bapa supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak ketika berkunjung ke rumah orang lain bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berulang.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita risau trend ‘halalkan’ anak ponteng sekolah sebab balik kampung... Sekali ‘diserang’ geng ibu bapa, guruARTIKEL BERKAITAN: Aidiladha hambar, mak mentua ‘provok’ isu zuriat depan keluarga besar... Siap suruh adik baru 6 bulan kahwin bagi tip"Habis mati, kesian ikan tu. Nak marah pun, budak lagi jadi buat tak tahu je la. Anda yang ada anak waktu pergi beraya tu, jaga la anak elok-elok."Kena barang mahal yang orang sayang ni tak larat nak bayar ganti rugi la," luahnya lagi dalam hantaran berkenaan.Perkongsian itu turut mengundang komen netizen yang berpendapat ibu bapa perlu bertanggungjawab terhadap kerosakan yang dilakukan oleh anak-anak mereka.Ikan peacock mati disiram petrol ketika majlis akikah.Kanak-kanak dipercayai jumpa petrol sebelum menyiram kolam ikan.Pemilik ikan memilih untuk tidak memarahi kanak-kanak itu.Ibu bapa diingatkan sentiasa memantau anak-anak.Netizen gesa ibu bapa bertanggungjawab atas kerosakan berlaku.Ringkasan ini dijana oleh AI"Mana boleh buat tak tahu. Kalau aku terus suruh budak tu minta maaf. Apa la... nakal tu nakal juga tapi kena la belajar hormat barang orang."Kenapa orang selalu cakap nak marah pun tak boleh, budak. Marah je la. Biar dia tahu dia salah. Kalau tak tegur mana dia nak tahu dia buat salah apa. Nanti ulang lagi dekat rumah orang lain pula."Budak memang nakal sebab tak matang. Yang mak bapa dia tu akal letak dekat mana. Minta ganti rugi biar beringat. Guna alasan budak ni tak boleh pakai la," ujar beberapa netizen pada hantaran tersebut.