suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita bengang HR syarikat suami tangguh bayar gaji, guna alasan cuti umum... Paling geram rancangan sambut ‘birthday’ anak lebur!

Kelewatan pembayaran gaji boleh menjejaskan kelangsungan hidup pekerja akibat masalah kewangan. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa apabila gaji suaminya didakwa lewat dibayar, sekali gus menjejaskan perancangan keluarganya menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha.

Katanya, pihak syarikat memberi alasan pembayaran gaji tidak dapat diproses pada tarikh sepatutnya kerana ia jatuh pada hari cuti, menyebabkan pekerja perlu menunggu sehingga hari bekerja berikutnya.

Bagi wanita itu berkata, kelewatan berkenaan sangat memeritkan kerana ia berlaku ketika keluarganya sedang membuat persiapan untuk menyambut Aidiladha selain merancang sambutan hari jadi anak mereka.

Ramai yang merancang untuk bercuti bersama keluarga setiap kali menjelang cuti umum. -Gambar hiasan AI

"Bermasalah betul ya bahagian sumber manusia (HR) syarikat suami aku. Patutnya gaji jatuh pada tarikh 27 hari bulan... tapi kali ni tak masuk!

"Lepas tu apabila tanya kenapa tak dapat gaji... mereka jawab sebab tarikh tu hari cuti jadi terpaksa tunggu paling awal pun Jumaat (29 Mei) baru dilepaskan gaji.

"Sudahlah tarikh tu jatuh pada hari raya. Lepas tu esoknya (28 Mei) pula hari jadi anak aku. Sudah rancang macam-macam. Tak balik kampung sambut raya pun tak apa, tapi dah janji macam-macam untuk anak-anak," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Duit tinggal RM106 lepas balik kampung, gaji lambat lagi... Isteri sibuk 'susun' rumah sana sini nak pergi beraya

ARTIKEL BERKAITAN: Lambat dibayar gaji, ‘payslip’ tak pernah dapat tapi staf enggan ‘resign’... Rancang buat aduan, harap majikan berubah

Perkongsian luahan hati itu ternyata mengundang simpati netizen, malah ramai yang turut mengambil kesempatan berkongsi pengalaman peribadi berdepan situasi serupa apabila tarikh gaji 'bertembung' dengan hujung minggu atau cuti umum.

Rata-rata netizen berpendapat, sesebuah syarikat yang prihatin lazimnya akan mendahulukan pembayaran gaji para pekerja sekiranya situasi sedemikian berlaku.

"Patutnya kena masuk awal. Macam syarikat suami saya, gaji setiap 25 dan 7 haribulan. Kalau tarikh itu jatuh pada Sabtu, Ahad atau cuti umum, gaji akan masuk pada hari Jumaat atau sehari lebih awal.

  • Wanita terkilan gaji suami lambat masuk menjelang Aidiladha.
  • Gaji didakwa ditangguhkan kerana tarikh pembayaran jatuh pada hari cuti.
  • Perancangan hari jadi anak terjejas akibat kelewatan gaji.
  • Netizen berpendapat gaji sepatutnya dibayar lebih awal.
  • Wanita akui ada simpanan, namun tetap kecewa dengan situasi itu.

"Faham sangat sis. Syarikat lama saya kerja pun macam tu. Boleh saja masukkan awal kan? Ini masukkan selepas perayaan. Lepas tu cakap siapa suruh tak reti urus perbelanjaan.

"Ada betulnya juga apa mereka cakap. Sejak daripada itu untuk setiap perayaan, saya akan sediakan duit dua atau tiga bulan lebih awal," demikian antara komen sesetengah netizen.

Membalas komen tersebut, wanita berkenaan menjelaskan keluarganya mempunyai simpanan, namun tetap terkilan kerana tidak menjangka perkara itu berlaku selepas suaminya berpindah ke syarikat baharu.

"Memang ada extra fund. Tapi kita berharap lebih daripada itu. Sebelum ini syarikat lama elok saja. Apabila suami tukar syarikat, jadi macam ni pula," katanya.

Artikel Lain