PERTANYAAN mengenai soal zuriat ketika berkumpul bersama keluarga besar boleh meninggalkan kesan emosi yang cukup mendalam, terutamanya bagi pasangan yang sedang berusaha mendapatkan zuriat atau trying to conceive (TTC).Begitulah luahan pilu seorang wanita yang terkilan dengan gurauan tidak sensitif ibu mentuanya sendiri ketika pulang ke rumah keluarga suaminya sempena sambutan Hari Raya Aidiladha. Menurut wanita itu, suasana perayaan yang sepatutnya gembira bertukar hambar selepas adik ipar mengumumkan isterinya sedang hamil, sebelum si ibu mentuanya mengeluarkan kata-kata yang menggores hati."Adik ipar buat pengumuman yang isteri dia sedang hamil dan mak mentua saya dengan nada bergurau suruh dia bagi tip kepada abang (suami pengadu) macam mana nak dapat baby!Pasangan TTC semestinya berdepan pelbagai cabaran menguji emosi. -Gambar hiasan AI"Sudah dua tahun lebih saya dan suami berkahwin. Adik ipar saya pula baru enam bulan usia perkahwinan mereka. Tapi kenapa nak kena bergurau benda macam tu."Sedangkan mak mentua saya tahu saya pernah lalui chemical pregnancy," ujar wanita itu menceritakan pengalaman pahit tersebut dalam hantaran di Threads.Tambah wanita berkenaan, sindiran yang dibalut dengan gurauan itu benar-benar membuatkan dia terasa hati hingga memilih untuk memencilkan diri."Sambutan Hari Raya Aidiladha saya dihabiskan dengan tak bersosial dan hanya diam saja.ARTIKEL BERKAITAN: Gadis terlanjur kongsi gambar perut, kapsyen nak gugur kandungan... Wanita TTC paling ramai mahu selamatkan bayiARTIKEL BERKAITAN: “Dia boleh hamilkan perempuan lain tapi bukan kamu” – Wanita TTC menangis dengar gurauan doktor, menggigil disindir depan suami"Sampaikan saya tak nak ambil gambar dengan mereka, sebaliknya hanya tolong ambilkan gambar mereka saja."Kami balik ke rumah selepas kejadian tu. Saya beritahu dekat suami apa saya rasa dan dia bersetuju untuk ziarah sekali je dalam beberapa bulan memandangkan mentua tak reti jaga hati menantu," jelasnya lagi.Tambahnya, dia sebenarnya tidak pernah meletakkan tekanan terhadap diri sendiri mengenai soal anak, namun mengakui mula berasa tertekan kerana ibu mentuanya kerap bertanya mengenai cucu.Katanya, dia dan suami masih belum merancang untuk mendapatkan rawatan kesuburan memandangkan usianya baru 28 tahun dan mahu berusaha mendapatkan zuriat secara semula jadi terlebih dahulu.Di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan gurauan berkaitan zuriat sebagai sesuatu yang sensitif dan tidak wajar dijadikan bahan jenaka.Wanita terkilan isu zuriat dijadikan gurauan ketika Aidiladha di rumah mentua.Pernah alami kehamilan kimia, dia pilih mendiamkan diri sepanjang majlis.Suami setuju kurangkan kunjungan ke rumah mentua demi menjaga hati isteri.Wanita berusia 28 tahun itu masih mahu cuba hamil secara semula jadi.Netizen anggap gurauan soal anak sebagai isu sensitif dan tidak wajar.Ringkasan ini dijana oleh AI"Apa yang mentua cakap tu sangat tidak patut. Buat masa sekarang awak jauhkan diri dulu daripada orang macam tu. Saya doakan awak dikurniakan zuriat pada waktu terbaik."Ada kalanya awak kena selfish untuk lindungi ketenangan diri. Jangan letakkan diri dalam situasi yang buatkan awak stres. Buat apa yang terbaik untuk awak," komen sesetengah netizen.Sebagai info tambahan menurut sebuah portal kesihatan, kehamilan kimia (chemical pregnancy) merupakan satu keadaan keguguran awal yang berlaku sebelum janin sempat dikesan menerusi pemeriksaan ultrasound.Keadaan berkenaan biasanya boleh disahkan menerusi ujian darah, dan lazimnya berlaku selepas seseorang wanita memperoleh keputusan ujian kehamilan positif selama satu hingga dua minggu sebelum mengalami keguguran secara tiba-tiba.Antara simptom yang mungkin dialami termasuklah kekejangan perut yang kuat seperti senggugut serta pendarahan faraj beberapa hari selepas mendapat keputusan ujian kehamilan positif, meskipun ada segelintir wanita yang langsung tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya pernah hamil.