PERMINTAAN seorang rakan untuk meminjam wang ketika kecemasan demi membawa anaknya yang sedang demam ke klinik, akhirnya bertukar menjadi satu penyesalan terbesar seumur hidup buat seorang wanita.Wanita itu mengakui hingga kini dia masih dihantui rasa bersalah yang teramat sangat ,selepas bertindak sengaja mengabaikan mesej dan panggilan telefon daripada rakannya itu gara-gara terasa hati dengan sikap wanita berkenaan sebelum itu. Mengimbas kembali hubungan mereka, rakan tersebut sebenarnya sudah tujuh bulan berturut-turut meminjam wang antara RM100 hingga RM200 setiap kali tiba hujung bulan, namun tidak pernah culas membayar semula setiap kali selepas menerima gaji."Alkisahnya, suatu hari saya terlupa bawa beg tangan ke tempat kerja. Kad dan duit tunai semua tak ada. Saya kirim dia belikan makanan dan cakap esok saya bayar tunai. Ramai berdepan masalah di tempat kerja gara-gara rakan sepejabat. -Gambar hiasan AI"Tapi bila dia balik pejabat, dia tak bawa pun makanan yang saya pesan. Alasan dia sebab tangan penuh nak pegang. Saya pun hamuk dalam hati," katanya menerusi satu hantaran luahan yang tular di media sosial.Tambah wanita itu, disebabkan terlalu memendam rasa marah sejak kejadian tersebut, dia nekad untuk tidak lagi mahu membantu menghulurkan pinjaman wang kepada rakannya itu.Peluang untuk 'mengajar' rakannya tiba beberapa hari kemudian, apabila individu tersebut sekali lagi menghubunginya untuk meminjam wang sebanyak RM150 dengan alasan anaknya mengalami demam panas dan perlu dikejarkan ke klinik.Namun akibat dikuasai ego dan rasa geram yang belum reda, dia memilih untuk buat-buat tidak tahu dan mengabaikan mesej tersebut tanpa membalas sepatah pun.Malah dia langsung tidak menjawab beberapa panggilan telefon yang masuk.ARTIKEL BERKAITAN: Rimas ada saudara muka tebal, setiap bulan minta pinjam duit! Gelang besar di tangan simpan ‘kemas’ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal baik hati bagi pinjam duit, kawan tunjuk ‘lifestyle’ mewah liat bayar hutang - “Saya pula kena mengemis”"Dia call saya berkali-kali tapi saya tak angkat. Sampai la esok saya masuk ke pejabat, bos maklumkan bahawa kawan saya tu ambil cuti kecemasan (EL) sebab anak diserang sawan sampai dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)."Sekarang dah setahun berlalu… saya masih rasa serba salah. Kami pun dah tak bercakap sampai sekarang. Saya tahu kawan-kawan pejabat kata saya kejam."Tapi saya pun tak tahu kenapa saya terlalu terasa hati pasal kirim makanan tu," luahnya.Sebagai bukti, wanita itu turut memuat naik tangkap layar mesej bertarikh Julai 2025 yang dihantar oleh rakannya sebelum ini.Rakannya itu memohon untuk meminjam RM200 serta berjanji akan memulangkan semula wang tersebut selepas menerima gaji.Wanita dihantui rasa bersalah abaikan mesej pinjam duit rakan.Anak rakan masuk ICU selepas wanita seen mesej pinjam RM150.Terasa hati tak dibelikan makanan, wanita nekad tak lagi hulur pinjaman.Kerap pinjam duit hujung bulan, hubungan dua sahabat akhirnya renggang.Wanita kesal abaikan panggilan rakan, anak rupanya diserang sawan.Ringkasan ini dijana oleh AIDi ruangan komen, netizen memberikan pandangan yang bercampur-campur, malah ada yang mempertahankan tindakan wanita itu kerana memahami situasi dimanipulasi oleh rakan sendiri."Memang patut terasa hati dengan member macam tu. Masa pinjam duit tahu pula nak cari kita, tapi apabila kita minta tolong, sekali pun tak boleh."Faham sangat. Dia buat kita macam bank. Yang dia tahu susah dia saja. Sekali kita tak tolong, terus kita pula nampak jahat macam kita ni kawan tak berguna."Awak tak salah dan anak-anak tu tanggungjawab dia. Kenapa dia nak sangat pinjam dekat awak, orang lain tak ada duit ke? Kenapa tak pinjam dekat orang lain juga. Salah dia tak bawa pergi hospital sampai sawan," komen beberapa netizen.