suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Tahu-tahu dah berulat” - Individu luah rasa serba salah, daging korban ditinggal atas pagar ketika tiada di rumah

Agihan daging korban perlu dilakukan dengan lebih teliti bagi memastikan penerima akan menerima daging dalam keadaan yang baik. -Gambar hiasan AI

SETIAP kali tibanya Hari Raya Aidiladha, ramai umat Islam mengambil peluang melaksanakan ibadah korban sambil berkongsi rezeki dengan jiran tetangga dan golongan memerlukan.

Namun, seorang individu serba salah selepas menerima agihan daging korban dalam keadaan sudah rosak kerana ditinggalkan beberapa hari di luar rumah tanpa pengetahuannya.

Menerusi satu perkongsian di Threads, individu tersebut terlebih dahulu menzahirkan penghargaan kepada pihak yang selama ini tidak pernah lupa mengagihkan daging korban kepada keluarganya setiap tahun.

"Alhamdulillah, pertama sekali saya ucapkan terima kasih dengan daging korban yang rumah kami dapat setiap tahun," tulisnya.

Agihan daging korban melambangkan perkongsian rezeki serta semangat saling membantu dalam masyarakat, khususnya kepada golongan yang memerlukan. -Gambar hiasan AI

Menurutnya, kebiasaannya jiran di kawasan perumahannya akan menghubungi atau memaklumkan dalam kumpulan WhatsApp taman sebelum menghantar agihan tersebut.

Bagaimanapun, dia memaklumkan tidak pasti kaedah agihan dilakukan oleh pihak surau di kampung berhampiran rumahnya.

"Mungkin lepas ni saya akan inform untuk pihak surau kampung sebelah hentikan sumbangan kepada rumah kami, berilah kepada yang lebih memerlukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiap-tiap tahun jadi! Jemaah qariah berebut daging korban, ‘torpedo’ selalu hilang... Penyembelih tegur hukum halal haram

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri lumpuh, anak masih belajar ‘mengemis’ dalam rumah… Bapa pencen sibuk korban seekor lembu setiap tahun

"Disebabkan mereka tak dapat inform kami, tahun ini kami di luar kawasan beberapa hari, tahu-tahu daging sudah ditinggalkan atas pagar dan dah berulat macam tu,"kongsinya lagi.

Individu itu turut memuat naik gambar menunjukkan bekas berisi daging korban yang diletakkan di atas tembok pagar rumah dalam keadaan berair dan dipercayai sudah berbau busuk.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya berpandangan bahawa komunikasi awal sebelum penghantaran agihan penting bagi mengelakkan pembaziran serta memastikan sumbangan sampai dalam keadaan baik.

  • Seorang individu serba salah sebab daging korban yang diberi sudah rosak.
  • Daging itu ditinggalkan di tembok pagar rumahnya ketika mereka sekeluarga di luar kawasan.
  • Dia selalu maklumkan kepada grup WhatsApp taman perumahannya sebelum agihan dilakukan.
  • Bagaimanapun dia tidak mengetahui ada pihak lain yang berikan daging korban di rumahnya.
  • Netizen berpandangan bahawa komunikasi awal sebelum penghantaran agihan penting bagi mengelakkan pembaziran.

Malah ada yang turut berkongsi kaedah agihan yang dilakukan di kawasan masing-masing sebagai panduan bersama.

"Semalam aku agih lebih 100 kilogram daging korban, kalau bagi salam takde orang dekat rumah, aku tak tinggal. Anggap bukan rezeki dia.

"Dekat kampung saya dia buat sistem kupon. Penduduk yang dapat kupon boleh datang ke masjid atau surau untuk ambil daging korban. Tujuannya supaya tak jadi macam ini lah.  

"Kami tak lagi edar daging. Minta datang ambil sendiri di surau. Dapat kenal-kenal, sama-sama urus majlis korban. Solat jemaah. Makan bersama," komen netizen. 

Artikel Lain