PONTENGKAN anak beberapa hari sebelum cuti sekolah dan beberapa hari selepas sekolah dibuka dilihat menjadi trend dalam kalangan ibu bapa masa kini.
Tanpa segan silu ibu bapa menjadikan alasan urusan keluarga untuk 'menghalalkan' anak masing-masing tidak hadir ke sekolah.
Seorang ibu berkongsi keadaan kelas anaknya pada hari pertama sesi persekolahan dibuka selepas cuti Aidiladha.
Kesesakan jalan raya di musim perayaan menjadi antara faktor pelajar ponteng sekolah kerana kepenatan. -Gambar hiasan
"Pagi-pagi keluar notifikasi kumpulan WhatsApp sekolah anak, senarai nama tidak hadir ke sekolah.
"Entahlah macam tak ambil kisah kedatangan anak ke sekolah," kongsinya di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Tiba-tiba ada ‘cuti peristiwa’, cikgu tegur ibu bapa pontengkan anak pada Hari Guru… Kecewa isu tak mampu bagi hadiah jadi alasan
ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu siasat murid tahun 6 kerap ponteng, terkejut tengok kena jaga ibu strok di rumah! Kakak, abang dah lama berhenti sekolah kerja di mall
Wanita itu turut menyatakan ibu bapa seolah-olah tidak rasa bersalah apabila memberikan alasan anak mereka tidak hadir ke sekolah kerana masih berada di kampung.
Perkongsian pandangan itu bagaimanapun mendapat kecaman ibu bapa lain termasuk guru kerana menganggap masing-masing mempunyai sebab untuk tidak hadir ke sekolah.
Seorang wanita yang mendakwa dirinya adalah guru memaklumkan dia sendiri merehatkan anaknya daripada pergi ke sekolah selepas menempuh perjalanan yang panjang ketika cuti perayaan.
Tolong jangan suka jatuh hukum kepada orang lain.
IBU BAPA
"Saya cikgu, hanya 11 daripada 26 kedatangan murid saya, tapi saya hadir ke sekolah dan anak saya sendiri pun saya rehatkan sebab perjalanan hampir 10 jam.
"Badan mereka letih lagi, perkara ini amat biasa selepas cuti yang panjang, kenapa jadi isu yang besar buat puan ya?
"Sebab saya sebagai guru pun faham keadaan ibu bapa dan anak-anak selepas cuti panjang," kata guru berkenaan.
Ibu bapa lain yang tidak sependapat dengan wanita itu juga kebanyakannya memberikan alasan perjalanan panjang menjadi punca mereka mengizinkan anak-anak ponteng sekolah.
Reaksi netizen
"Maaf cakap, anak aku jarang cuti sekolah dan masa cuti raya puasa pun anak aku tak cuti awal atau panjangkan cuti.
"Hari ini aku cutikan anak sebab baru balik dari kampung dan masih sakit badan hadap jem 14 jam dari Pulau Pinang ke Johor Bahru.
"Tolong jangan suka jatuh hukum kepada orang lain, ingat saja-saja cuti ke?" katanya.
Namun, ada juga netizen yang sependapat dengan wanita itu dengan mendakwa ibu bapa zaman sekarang terlalu memanjakan anak.
"Jangan normalisasi ponteng sekolah walau apa pun alasan. Disiplin penting untuk generasi akan datang sebab tu budak sekarang mohon kerja tapi masuk ikut suka hati dia.
"Dulu kalau balik dari kampung, kadang mama papa 'lajak' sampai hari akhir cuti, bila malam baru balik. Sampai pagi terus ke sekolah tiada alasan nak ponteng," katanya.


