RASA tidak puas hati menguasai diri seorang wanita apabila mendakwa suaminya dijadikan 'bank' oleh adik-beradik sendiri tetapi pengorbanannya langsung tak dihargai.
Berkongsi kisah, wanita ini berkata, abang iparnya pernah meminta wang daripada suami untuk mengadakan majlis perkahwinan anak lelakinya.
Wanita itu berkata, bapa bakal pengantin pada awalnya meminjam sebanyak RM2,000 daripada suami dan turut menghubungi abang sulung serta adik bongsunya untuk memperolehi pinjaman dengan jumlah sama.
"Dua lagi adik dia kena sponsor goodies untuk tetamu. Belum seminggu, call lagi nak pinjam RM2,000 sebab katanya kalau tak dapat, anak dia kena jual kereta sebab tak cukup duit.
"Dalam masa sama si bapa pengantin (abang ipar pengadu) ni mesej sepupu mereka untuk pinjam duit juga.

Ramai memilih untuk meminjam duit daripada keluarga apabila mengalami masalah kewangan. -Gambar hiasan
"Sepupu mereka tanya, adik beradik si bapa pengantin ni tak sumbang untuk anak saudara ke, dia (tipu) cakap tak. Siap 'pakej' cerita sedih yang saya kawal dan habiskan duit suami," katanya, dalam satu perkongsian di Thread.
Lebih menyedihkan, suaminya yang digambarkan sebagai individu jenis tak banyak soal hanya menurut saja permintaan itu walaupun keadaan kewangan mereka sendiri tidak begitu kukuh.
Wanita itu juga berkata, suaminya juga dituduh sering bergantung kepada adik bongsunya, dengan hampir setiap bulan meminjam wang daripadanya.
"Saya pun tak tahu celah mana dikatanya hidup kami ni bergantung kepada belas ehsan adik bongsu dia.
ARTIKEL BERKAITAN: Pinjamkan duit tabung percutian untuk adik buat majlis kahwin, tak sangka suami sentap! Marah sampai sanggup travel solo
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita syukur hidup bahagia walau kahwin buat 'personal loan' 20K... Bakal pengantin diminta tak contohi pasangan ini
"Semua terbongkar selepas isteri kepada sepupu suami saya datang rumah dan bercerita. Si isteri ada baca mesej lama suami dia dengan suami saya.
"Masa hari raya baru ni mereka adik beradik ada buruk-burukkan saya dekat rumah sepupu mereka ni," ujarnya.
Dakwa wanita itu lagi, suaminya juga pernah disuruh untuk menceraikan dirinya dengan cara halus menggunakan ilmu hitam.
Namun, pasangan ini tidak jadi untuk berpisah selepas dipujuk oleh anak lelaki mereka untuk terus bertahan.
"Anak lelaki saya suruh bertahan sehingga mereka masuk asrama jadi saya bersetuju. Tiap kali hari raya saya duduk dekat rumah sorang-sorang.
Tiap kali hari raya saya duduk dekat rumah sorang-sorang.
PENGADU
"Suami ambil anak duduk dekat rumah mak dia hingga adik beradik dia balik ke bandar. Saya memang okay je tak jadi kudis pun. Tak marah atau rasa sedih pun," tegasnya.
Namun di sebalik ketabahan itu, dia juga mengaku boleh meninggalkan sahaja suaminya bila-bila masa ketika dia bankrap akibat projek terbengkalai.
"Saya sanggup bertahan dua tahun lagi untuk naikkan projek dengan masuk tapak pembinaan berpanas hujan dan carikan mentor untuk tolong jayakan projek dia.
"Saya dan anak-anak turun padang tolong apa yang patut. Bagi saya, tak ada kata undur belakang duit dah habis beratus ribu tak kan nak biarkan je projek tu.
"Tapi dua orang adik suami ni 'bernanah' sakit hati sangat kami masih tak bercerai," dakwanya.

Perbalahan melibatkan keluarga sering berlaku antara pasangan suami isteri. -Gambar hiasan
Keadaan memuncak selepas sambutan Hari Raya Puasa tahun ini apabila ibu saudara kepada suaminya banyak membantu dari segi kewangan.
Berkat kesabaran dan keikhlasan wanita ini bertahan dengan suami, rumah tangga dan hubungan mereka menjadi semakin baik.
Malah menurut wanita ini, Aidiladha tahun ini menjadi titik mula perubahan positif dalam hubungan mereka suami isteri.
"Tiap kali ibu saudara balik (beraya), saya layan dengan cara masak yang termampu. Sebelum raya haji, saya dapat tahu suami bergaduh dengan adik-adik dekat WhatsApp.
"Mereka tak puas hati sebab saya layan ibu saudara dengan baik. Apa kebodohan saya kena hadap ni? Dan buat pertama kalinya, suami menyebelahi saya.
"Selama ni saya seorang lindungi hati dan akal fikiran tanpa ada sesiapa pun tempat saya meluah dan minta tolong," katanya bersyukur kerana suami mula nampak situasi sebenar yang berlaku dalam keluarganya.


