KEBANYAKAN wanita sering dilanda dilema apabila diminta membuat pilihan antara kerjaya dan keluarga.
Melalui fasa yang sama, seorang isteri berkongsi kisah hidupnya yang terpaksa meninggalkan kerjaya impian selepas mendirikan rumah tangga.
Keputusan besar itu dibuat demi mentaati perintah suami yang merupakan seorang penjawat awam.
"Dulu saya bekerjaya, ada ijazah tapi suami kerja kerajaan minta berhenti.

Warga kota akan memeriahkan kampung halaman semasa cuti persekolahan. -Gambar hiasan
"Apabila anak masuk dua orang, (segalanya) mula tak cukup, mak mentua bising... katanya saya patut kerja dan tolong anaknya daripada duduk saja di rumah.
"Saya simpan rasa kecil hati, akhirnya suami suruh kerja," luahnya yang menurut kemahuan suami.
Enggan mendedahkan identiti, pengadu meluahkan rasa syukur apabila dalam tempoh tiga tahun bekerja, dia mampu membantu kewangan keluarga.
Kehidupan sekeluarga juga berjaya ditambah baik dengan percutian ke luar negara dan berkereta mewah di samping mempunyai orang gaji.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita sanggup ‘resign’ walau gaji hampir 10K! Anggap diri bukan isteri baik jika tiada di sisi suami, anak setiap masa
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita nekad berhenti kerja selepas gugur... Pedih telinga dengar suami gaji kecil dihina makcik-makcik, tuduh kikis duit isteri
"Tapi suami pula jadi seorang yang sangat cemburu. Apabila ada trip luar negara, dia siasat saya pergi dengan siapa.
"Kerap kali nak ikut outstation, apabila balik lewat terus disindir dengan tuduhan melampau," tambahnya yang mula rasa tertekan dengan tingkah laku suami.
Situasi lebih merunsingkan apabila ibu mentuanya menuduh dia berubah sikap dan menyindirnya kerana enggan menambah zuriat.
Malah ibu mentua turut mempertikaikan percutian keluarga dan menyalahkan dirinya kerana membiarkan anak-anak dijaga orang gaji.
Suami awak termakan hasutan orang lain, awak terus jalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Biar suami tantrum macam budak-budak.
WARGA MAYA
"Masa balik beraya di kampung suami hari tu, mentua cakap saya berubah, macam-macam diungkit, tak mahu beranak sebab nak jaga badanlah.
"Bercuti sana sini tak pernah ajak, anak-anak orang gaji saja yang jaga.
"Saya tetap diamkan diri, tapi semasa dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, suami tiba-tiba suruh saya berhenti kerja," katanya yang terkejut dengan permintaan suami.
Cuba berbincang tentang isu berkenaan, dia bagaimanapun tidak menyangka perbalahan akan berlaku sepanjang perjalanan.

Segelintir ibu mentua gemar masuk campur dalam urusan anak-anak. -Gambar hiasan
Bukan itu sahaja, suaminya mula salah faham apabila dia bertanyakan tentang tanggungjawab bayaran komitmen bulanan mereka.
"Saya tanya siapa nak bayar rumah dan kereta, terus jadi perang besar kerana katanya saya merendah-rendahkan dia. Hakikatnya, dia memang tidak mampu.
"Walaupun saya kerja dan ada orang gaji, saya tetap jalankan tugas rumah tangga, tetap lintang pukang lepas balik kerja," luah wanita ini yang dilema dengan sikap suaminya.
Pada masa sama, dia ingin mempertahankan kerjaya demi masa depan anak-anaknya.

Warga maya memberikan kata-kata nasihat dan perangsang padanya.
Beranggapan dilema yang dialami berpunca daripada campur tangan ibu mentua, netizen memintanya supaya tidak berhenti kerja.
Malah ada yang menyifatkan suaminya sebagai 'anak mak' kerana menurut apa sahaja permintaan ibu meskipun melibatkan isu rumah tangga.
"Saya setuju apabila ada yang suruh awak lepaskan tanggungjawab bayar semua bil selama enam bulan supaya suami tahu dia mampu atau tidak.
"Suami awak termakan hasutan orang lain, awak terus jalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Biar suami tantrum macam budak-budak.
"Jangan berhenti kak, tapi cuba semak balik komitmen mengikut kemampuan suami tu, mungkin kena downgrade kehidupan.
"Saya faham awak rasa bersalah, rasa nak dengar kata sebab sayang sampai sanggup downgrade hidup tapi apa yang dia buat pada awak tu bukan sayang, dia nak kawal hidup awak," demikian antara nasihat warga maya.


