DIKURNIAKAN keluarga mentua yang baik adalah antara doa setiap wanita.
Namun tidak semuanya bertuah mendapat apa yang dihajatkan, sebagaimana wanita ini yang berkongsi kisah pahitnya di laman sosial.
Bayangkan, dirinya selaku menantu baru sahaja dibenarkan keluar hospital, tetapi sudah 'diserang' dengan soalan yang tidak sensitif.
"Masa tu aku baru discaj sebab ektopik (hamil luar rahim), sampai-sampai je rumah, mak mentua bukan nak tanya keadaan aku macam mana.
"Soalan pertama dia tanya, 'berapa bil hospital?'. Allah... mengucap panjang aku masa tu. Punyalah risau aku ni menghabiskan duit anak dia.
"Masalahnya duit bil setiap kali aku warded ayah aku yang bayar, tak guna duit anak dia langsung pun," tulisnya dalam hantaran tersebut.

Dikurniakan mentua yang baik adalah impian setiap wanita. -Gambar hiasan
Menurut wanita berkenaan, meskipun hal itu mungkin kelihatan remeh bagi orang lain, namun hati dan perasaannya yang diguris beberapa kali sudah cukup membuatkan dia tawar hati.
"Nak cakap pasal terasa, sepanjang aku warded dok keluar masuk hospital tak pernah sekali dan seorang pun keluarga mentua datang melawat aku. Keluarga aku semua jauh-jauh.
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya masak, tak ada orang makan!” - Wanita sedih dipulaukan keluarga suami... Ibu mentua, kakak ipar rancak mengumpat di pagi raya
ARTIKEL BERKAITAN: Mak, ayah mentua dan anak-anak dah selesai 'lunch'... Suami bangun pukul 2 petang sindir isteri, bengang nasi tinggal sikit
"Sampai aku menangis dekat hospital cakap dekat husband 'tengok orang katil sebelah kita ni... in-law dia hari-hari datang visit bawa makanan, family kita tak ada siapa datang pun'.
"Benda-benda kecil yang aku hadap ni la buatkan aku tawar hati. Setiap kali bersembang je memang ada benda yang boleh buat aku triggered, so baiklah aku jauhkan diri," kongsinya lagi.
Dulu masa saya misscarriage tahun 2020, haram tak ada seorang pun family in-law yang datang tanya.
NETIZEN
Apa yang lebih membuatkan dia hiba, suaminya mendapat layanan sebaliknya meskipun hanya bergelar menantu di dalam keluarganya.
"Bukanlah wang ringgit yang aku harapkan daripada diaorang, tapi nak menumpang kasih sayang memandangkan dari kecil aku tak pernah rasa kasih sayang seorang ibu sebab dibesarkan oleh nenek," luahnya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata warga maya turut sama terkesan dengan perkongsian wanita berkenaan kerana pernah berada dalam situasi yang serupa.

Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.
"Ada benda kita kena belajar untuk berdamai dengan keadaan. Tak payah harap apa-apa. Asalkan orang-orang tersayang dan terpenting ada di sisi pun dah cukup.
"Dulu masa saya misscarriage tahun 2020, haram tak ada seorang pun family in-law yang datang tanya. Tahun ni saya masuk wad operation buang organ peranakan, situasi sama juga yang berlaku.
"Saya dah berapa kali warded, last masuk ICU tahun lepas pun tak ada sebelah sana melawat sis," demikian antara komen netizen.


