RASA kecewa bukan kepalang apabila diri penat memasak untuk keluarga mentua namun suami pula sedap mulut menyindir.Begitulah perasaan seorang wanita ini yang berkongsi cerita tentang sikap suami yang tidak menghargai pengorbanannya. "Hari ni kecewanya rasa bila kita penat masak lauk dan nasi. Mak, ayah mentua, adik ipar dan anak-anak semua dah makan.Memasak untuk keluarga biasanya dilakukan oleh golongan isteri -Gambar hiasan"Sampai dekat suami, dia tanya siapa masak nasi? Saya jawab saya yang masak. Tapi dia balas secara perli masak untuk diri sendiri je ke?"Sedihnya rasa. Dia bangun tidur dah pukul 2 petang. Semua orang dah makan, tinggal dia je belum. Tergamak dia cakap macam tu," luah wanita itu menceritakan kejadian di rumah mentua.Menurut pengadu, dia tidak sengaja memasak nasi dalam jumlah sedikit kerana sibuk menguruskan anaknya yang kuat meragam.ARTIKEL BERKAITAN: Isteri menangis makan nasi dagang, lepas berbuka suami cari peniaga bazar sampai jumpa! ‘Sebiji’ masakan arwah ibuARTIKEL BERKAITAN: Tragedi nasi ayam! Isteri merajuk tak mahu masak untuk suami, makin tawar hati dibandingkan pula dengan mentuaLebih menyedihkan apabila wanita ini memberitahu dirinya sedang hamil namun terpaksa menguruskan anak yang masih kecil tanpa bantuan sesiapa termasuklah suami."Tak boleh ke cakap nasi dah tinggal sikit atau dah habis? Saya buat dua kali sukat, dapat banyak tu je jadi saya masak je la. Rasa dah banyak."Ye la memang banyak pun sebab dah enam orang makan. Memang tawar hati betul rasa. Rasa nak lari jauh-jauh. Mungkin lepas ni awak boleh asingkan siap-siap nasi dan lauk untuk dia.NETIZEN"Memang terlebih sensitif sebab saya penat, mengandung, layan anak meragam. Dia tidur saya sikit pun tak kacau suruh tengokkan anak," jelasnya.Perkongsian wanita ini mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasibnya. Ramai juga yang menyeru agar para suami lebih peka dan menghargai usaha serta pengorbanan isteri, walau sekecil mana pun.Komen netizen di media sosial."Kalau tak cukup nasi tu suruh dia masak sendiri sis. Tangan ada, beras pun ada. Bini dia penat masak. Penat jaga anak dah."Tak kan la masak nasi pun tak boleh. Luahkan je jangan pendam-pendam."Mungkin lepas ni awak boleh asingkan siap-siap nasi dan lauk untuk dia," komen beberapa netizen.