LAZIMNYA selepas seorang wanita melahirkan anak, si suami akan menghadiahkan sesuatu sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan isterinya.Ada yang memberi bunga, barang kemas dan tak kurang juga membuat kejutan istimewa. Namun, satu video yang tular di media sosial menarik perhatian ramai apabila seorang lelaki memberi penghargaan kepada jururawat yang menjaga isterinya sepanjang proses kelahiran.Video memaparkan suami Niena membawa beg hadiah berupa loket di wad bersalin. Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang usahawan dan pempengaruh media sosial, Shaniena Natasya, kelihatan suaminya, Choudhry Wasim atau lebih dikenali sebagai DJ Twister membawa beberapa beg hadiah untuk diberikan kepada petugas kesihatan di wad bersalin. Lebih menarik perhatian, hadiah berkenaan berupa loket emas dengan rekaan yang setiap satunya berbeza.ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh payment tak cukup! Pengantin disekat masuk bilik, hotel tahan makanan tetamu... rupanya wedding planner songlap duitARTIKEL BERKAITAN: Orang lain tayang hadiah beranak, wanita teringin tapi suami tak layan... Bagi merasa CL 3 hari je, itu pun lepas didesak"Macam you buka kedai emas di dalam hospital. Semua orang awak beri hadiah. Macam-macamlah," kata Shaniena dalam video berdurasi 1.21 minit yang dimuat naik di aplikasi TikTok.Kesemua beg hadiah berkenaan disusun sebelum diberikan kepada para jururawat yang bertugas. Untunglah nurse... mesti mereka layan baik dengan dia.NETIZENVideo berkenaan meraih sehingga 1.9 juta jumlah tontonan selain dibanjiri ratusan komen netizen yang memuji Shaniena dan suaminya kerana tidak lokek memberi hadiah yang mahal untuk menghargai jasa para jururawat."Dia sayang isteri dan anak. Dia bersyukur isterinya selamat. Duit boleh dicari, nyawa tak boleh dibeli.Antara komen warga maya terhadap perkongsian Niena. "Untunglah nurse... mesti mereka layan baik dia. Semoga murah rezeki selalu."Akhlak yang patut dicontohi. Menghargai pasukan perubatan yang membantunya ketika melahirkan cahaya mata," demikian antara komen netizen. Sebelum ini, Shaniena membuat perkongsian memaparkan dia dan suaminya membeli sebuah kenderaan jenis MPV mewah bagi menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka selepas dua tahun menunggu.