suria

Cari rezeki sampai 4 pagi, akak jual mekap tertidur siap mengigau masa 'live' TikTok... Ramai harap bos bagi bonus

Lebih 1,700 menonton pekerja kosmetik tertidur ketika siaran langsung.

DALAM era yang semakin mencabar, setiap daripada kita pastinya akan berusaha keras dalam mencari rezeki.

Ada yang sanggup melakukan dua, tiga kerja sehari bagi memastikan kehidupan diri sendiri dan keluarga dapat diteruskan.

Di TikTok, tular seorang pekerja wanita tertidur ketika membuat siaran langsung menjual produk kosmetik.

Ramai wanita kini bekerja bagi membantu keluarga berbanding menjadi suri rumah. -Gambar hiasanRamai wanita kini bekerja bagi membantu keluarga berbanding menjadi suri rumah. -Gambar hiasan

Wanita itu dikatakan tidur dalam tempoh yang lama sambil disaksikan lebih 1,700 individu.

Berdasarkan perkongsian netizen, wanita itu tertidur sekitar pukul 4 pagi pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita selalu MC, tidur di meja... Rakan ofis syak kena kifarah! Dulu bangga tiada ‘morning sickness’, kutuk ibu hamil alami alahan

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri letih sara keluarga, tiba masa hidup sendiri... Anggap suami biawak hidup dah mati - “Insurans dia aku tak bayar”

"OT (kerja lebih masa) sampai tertidur mengigau semua sekali," katanya, sambil mengharapkan majikan dapat memberi bonus kepada pekerja berkenaan.

Ketika ramai beranggapan adegan wanita tertidur itu dirancang sebagai content, ada netizen menafikannya kerana mendakwa mereka sendiri menonton siaran langsung berkenaan.

Dia menangis sebab takut orang salah faham dan takut akaun kena ban.

NETIZEN

"Mula-mula ingat macam menipu tapi lama-lama tidur sungguh.

"Aku dalam siaran langsung ni, lama gila dia tidur, siap sengih-sengih dia tidur.

"Ni pagi tadi, sejam juga tertidur, sampai tersedak kawan tu tidur," katanya.

Individu yang merakam video berkenaan turut memaklumkan bahawa pekerja berkenaan menangis kerana bimbang warga maya membuat aduan kepada TikTok.

Reaksi netizenReaksi netizen

"Dia menangis sebab takut orang salah faham dan dia takut akaun kena ban.

"Semoga asbab viral ni rezeki dia makin bertambah. Kesian dia kerja keras tolong suami dan keluarga," katanya.

Sementara itu, ketika kisah ini ditulis pada petang Khamis, pekerja wanita itu dilihat masih bersiaran langsung seperti biasa.

Dia hanya tersenyum apabila netizen meninggalkan komen dengan kata-kata semangat diberikan kepadanya dalam mencari rezeki. 

 

Artikel Lain