SEORANG wanita terkejut apabila pokok terbakar yang dilihat pada waktu malam tidak menunjukkan kesan kebakaran pada keesokan harinya.
Dalam kejadian pada malam Isnin lalu, wanita itu sempat merakam kejadian api misteri yang dilihat dan berkongsi rakamannya di TikTok.
"Mula-mula saya rakam, kami fikir ada kebakaran atau wayar terbakar. Hairannya tiada asap.
"Entah la apa benda ni. Esoknya kami tengok tiada pula pokok terbakar tu," kata wanita dikenali sebagai Lana itu.
Tiada kesan terbakar sehari selepas kejadian kebakaran meyakinkan masyarakat Sabah, api misteri yang dilihat adalah bugang.
Berdasarkan video yang dikongsinya jelas kelihatan api sedang membakar objek dipercayai sebatang pokok, dalam kejadian di kawasan hutan di Kimanis di Papar, Sabah.
Video berikutnya yang dikongsi Lana di lokasi sama pada waktu siang tidak menunjukkan sebarang kesan kebakaran di kawasan hutan berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Gempar penampakan bola api di langit! Penduduk kampung sempat rakam, ramai kaitkan penanggal terbang
ARTIKEL BERKAITAN: Objek putih seperti kain kafan terbang depan kereta, UAI diganggu entiti mistik lepas balik kuliah!
Lebih menghairankan, beberapa batang pokok di situ kelihatan mati tanpa daun tetapi tiada kesan kebakaran.
Netizen yang menonton video berkenaan mendakwa api misteri yang dilihat adalah angkara bugang iaitu makhluk mitologi Dusun Liwan-Bundu yang juga dikenali sebagai naga bukit.
Jangan bimbang ia tak ganggu orang.
NETIZEN
Saiznya dikatakan seperti seekor burung helang dan memiliki kelebihan mengeluarkan api dari mulutnya.
Apabila bugang hinggap di sebatang pokok, maka serta-merta pokok itu akan terbakar dengan sendirinya.
Reaksi netizen
"Orang Ranau panggil bugang. Mana-mana pokok dia hinggap pasti mati daun-daun.
"Biasanya mudah nampak di kawasan Ranau terutama di kampung-kampung. Tapi sekarang dah jarang Nampak, kadang-kadang timbul di kawasan bukit.
"Orang yang tidak biasa nampak pasti akan takut. Jangan bimbang ia tak ganggu orang.
"Tempat kami panggil ni bugang. Selalunya kalau muncul ni, busuk-busuk dengar berita orang meninggal. Ada juga cakap tanda-tanda ada orang hantar sihir," antara komen netizen.


