suria

Gempar penampakan bola api di langit! Penduduk kampung sempat rakam, ramai kaitkan penanggal terbang

Tangkap layar daripada video yang tular di TikTok.

SEJAK kecil, kita sering mendengar ungkapan yang mengatakan syaitan diikat dan dirantai pada bulan Ramadan.

Mengikut logik pemikiran kanak-kanak, mereka beranggapan syaitan serta hantu akan kembali muncul selepas berakhirnya Ramadan.

Terbaharu, tular video memaparkan cahaya misteri berwarna merah yang muncul di sebuah kampung di Felcra Changkat Lada di Perak.

penanggal1

Video ini dirakam pada hari raya kedua.

Video yang dirakam pada Khamis lalu itu memaparkan objek seperti bebola api terbang perlahan di ruang udara pada waktu malam.

Pemilik video dilihat berada di perkarangan sebuah rumah bersama keluarganya sambil membuat rakaman.

"Itu apa? Hai lepas hari raya baru dia ada. Apa tu dik? Dik apa tu? Penanggal," ujar wanita dalam video itu.

Tu namanya tuju-tuju, orang hantar sihir kat rumah orang... lepas ni hati-hatilah.

NETIZEN

Video itu dikongsi oleh pengguna TikTok Melati Ku Aini pada Jumaat.

Sehingga kini, video berkenaan meraih hampir dua juta tontonan dan turut menerima lebih 3,800 komen.

Menjengah ke ruangan komen, seorang penduduk Felda turut berkongsi pengalaman sama yang dilaluinya sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Objek putih seperti kain kafan terbang depan kereta, UAI diganggu entiti mistik lepas balik kuliah!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita cuak makhluk menyerupai dirinya ganggu pakwe, siap pandai tiru rutin - “Jadi bukan awaklah dekat tingkap tu?”

"Masa kat Felda saya kecil-kecil dulu, ada bebola api lalu atas bumbung rumah. Ia terbang memang berbunyi macam api tu seolah-olah obor yang lalu laju," kongsi Asmah Laili.

Tambah netizen lagi, kehadiran objek misteri itu mungkin turut berkait dengan amalan sihir, namun ada juga yang menganggap ia mengarut.

"Orang Sabah Sarawak kalau lihat ini, terus masuk rumah sebab kalau ia jatuh dekat kita, kita boleh sakit dan tiada ubat sebab ia sihir.

penanggal3

Bebola api berwarna merah yang terbang di kawasan kampung.

"Tapi ini bukan macam bebola api. Ni macam api suar yang bakar dalam stadium. Bola api atau penanggal laju.

"Tu namanya tuju-tuju, orang hantar sihir kat rumah orang tu. Lepas ni hati-hatilah.

"Benda ni boleh 'tegur' ke? Sebab biasanya kalau tegur ia akan kacau.

"Ada orang hantar sihir tu, Ya Allah," tulis netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain