suria

Masakan terlebih masin, bapa herdik siap ludah dalam lauk... Gadis trauma dipaksa telan 3 sudu garam

Anak perempuan biasanya mula belajar memasak ketika mula menginjak ke usia remaja. -Gambar hiasan

MEMPUNYAI keluarga yang bahagia pastinya merupakan momen yang paling indah dalam kehidupan.

Namun, bukan semua individu bernasib baik dibesarkan dalam suasana seindah itu kerana lain ibu bapa lain cara didikannya.

Bagi wanita ini, dia turut berkongsi kisahnya yang berdepan situasi sukar sejak zaman remaja kerana sikap bapanya yang terlalu garang.

masak3

Trauma masa lampau ketika zaman kanak-kanak boleh memberi kesan panjang. -Gambar hiasan

Tidak mendedahkan identitinya, wanita itu mengakui dirinya trauma setiap kali hendak memasak kerana sering diherdik oleh bapanya sejak berusia 14 tahun.

"Aku ingat, baru belajar memasak, masin sikit. Bapa aku mengamuk, dia ludah dalam lauk aku masak. Dia paksa aku makan garam tiga sudu.

"Dia jerit makan cepat. Sebab aku takut, jadi aku makan garam tu dan aku nampak muka dia puas hati boleh ajar aku macam tu.

Emosi aku teruk sampai sekarang.

PENGADU

"Lepas daripada kejadian tu, aku dalam ketakutan setiap kali memasak," ujar wanita itu mengimbas kembali peristiwa lama.

Membesar dalam suasana yang tidak menggembirakan, wanita itu bagaimanapun berkata dia akhirnya menemui sinar baharu selepas mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya.

Trauma masa lalu masih lagi dirasai sehingga ke hari ini, namun dia bersyukur kehadiran suaminya banyak membantu memulihkan luka lama yang berbekas di hati.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa ‘salute’ anak kerja biasa-biasa menabung setahun demi hadiah ibu... Terbeliak tengok duit RM5,000 bayar barang kemas

ARTIKEL BERKAITAN: Menyusahkan! Bapa merungut beratur panjang beli buku anak, pelik pihak sekolah dah lama urus tapi tak pandai-pandai

"Aku umur 14 tahun masa tu, emosi aku teruk sampai sekarang. Siapa yang jadi pengubatnya, suami aku, syurga aku.

"Alhamdulillah, suami faham kenapa jadi macam ni. Suami dibesarkan cara yang sangat berbeza dengan aku," ceritanya lagi.

Perkongsian wanita itu di Tiktok meraih hampir 300,000 tontonan.

Malah, beberapa individu turut berkongsi pengalaman sama, termasuk yang berlaku ketika sambutan Aidilfitri.

To shoot two episodes of Retro Recipe. —LOW LAY PHON/The Star

Ramai anak perempuan belajar memasak dengan ibu masing-masing. -Gambar hiasan

"Hari raya pertama dah gaduh dengan bapa aku. Bosan hidup dalam broken family ni.

"Ayah aku main telefon je. Aku ajak boraklah dah semua anak-anak ada. Aku ambil telefon dengan lembut daripada tangan dia, sekali kena jerkah.

"Teringat kisah lama. Ibu saya bersusah-payah, abah lemparkan pinggan berisi kuah kari ke lantai sebab masin.

"Taat pada suamimu dik. Dia syurgamu. Tapi jangan berdendam dengan bapa, Biar Allah membalasnya," ujar beberapa individu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain