suria

Rakan merayu pinjam duit, sudahnya minta bayar hutang dilayan macam pengemis... Alasan nak beli baju, kuih raya

Lelaki berkongsi luahan mengenai rakannnya liat membayar hutang. -Gambar hiasan

JAUH di sudut hati pasti berasa kasihan dan simpati adalah didatangi rakan yang dalam kesusahan.

Kehadiran mereka kerana kesempitan wang dan antara bentuk bantuan yang boleh diberikan adalah meminjamkan wang.

Namun, isu yang semakin membarah dalam masyarakat apabila hutang tersebut liat untuk dibayar seperti yang dijanjikan.

Menguruskan kewangan dengan cekap. -Gambar hiasan

Menerusi satu luahan di Facebook, seorang lelaki berkongsi pengalamannya meminjamkan wang kepada tujuh rakan tetapi dilayan seperti pengemis apabila hendak mendapatkan duitnya kembali.

"Semoga dapat memberikan pengajaran, jangan jadi pengemis hutang macam saya. Pernah ada tujuh orang berhutang dengan saya, apabila saya minta balik cuma dua orang je yang balas mesej.

"Malah daripada dua orang tu, hanya seorang yang setuju nak bayar. Itupun sekadar 10 peratus daripada jumlah hutang yang saya berikan. Dua tahun saya bagi masa, tak jalan juga.

ARTIKEL BERKAITAN: Demi bayar hutang ah long, sekeluarga ‘hilang’ kereta... Isteri anggap ada hikmah, suami berhenti merokok nak berjimat

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki lupa agama demi forex! Wanita kecewa suami tergamak sorok gaji, elak bayar nafkah... Isteri buat 4 kerja nak cari duit

"Apabila nak berhutang, saya boleh bagi mereka segedebuk terus duit. Tapi apabila nak bayar balik, macam-macam alasan keluar. Antara alasannya sebab nak raya perlukan duit. Amboi, dia ingat dia seorang je kot nak raya.

"Kepada yang lain, jangan sesekali bagi orang berhutang sebab susah gila nak selesai. Saya nak kena follow-up setiap masa macam dia tu client pula," ujar lelaki tersebut meluahkan perasaan.

Lelaki itu seterusnya mendedahkan beberapa alasan yang sering digunakan rakan-rakannya untuk mengelat daripada melunaskan hutang-hutang mereka.

Kerana nila setitik rosak susu sebelanga, sekarang saya dah malas bagi sesiapa pinjam duit.

WARGA MAYA

"Ini antara alasan yang mereka gunakan, maaf, bajet cukup-cukup makan je untuk raya ni. Lagi satu, boleh tak bagi aku selesaikan dulu duit untuk baju dan kuih raya mak? Kalau ada lebih nanti aku bayar hutang kau.

"Susahnya la nak minta duit sendiri," kata lelaki itu menutup bicara.

Di ruangan komen, warga maya berpendapat bahawa tanggungjawab melangsaikan hutang tidak sepatutnya dipandang remeh.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Sesungguhnya membayar hutang itu adalah lebih utama daripada berbelanja sedekah untuk keluarga. Kira satu penganiayaan kalau kawan tu tak boleh beraya sebab hutang belum dapat.

"Orang yang berhutang ni biasanya akan guilt trip kita, cakap mereka tengah susah atau kononnya terlupa nak bayar. Hujung-hujung kita yang kena mengemis duit sendiri.

"Kalau dia bijak, hutang yang kita bagi tu patutnya dilaburkan ke arah sesuatu untuk menstabilkan semula pendapatan dia. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga, sekarang saya dah malas bagi sesiapa pinjam duit," demikian antara komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain