suria

Dah ‘berkurun’ guna, kini wanita mahu hapus istilah ‘orang tua’ untuk ibu bapa - “Tak setuju langsung, kurang sopan”

Ibu bapa merupakan individu yang wajib dihormati. -Gambar hiasan

SETIAP individu dibesarkan dengan latar belakang keluarga yang berbeza.

Cara kita berkomunikasi, mengekspresikan kasih sayang atau menunjukkan rasa hormat kepada ahli keluarga mahupun orang sekeliling mungkin tidak sama antara satu sama lain. 

Sebagai contoh, perbezaan nama panggilan untuk merujuk kepada seseorang seperti ibu bapa.

Ada yang membahasakan ibu bapa mereka sebagai mak-ayah, mama-papa dan tidak kurang juga ada yang secara santai memanggil mereka sebagai 'orang tua'.

Penggunaan istilah orang tua untuk ibu bapa sudah digunakan sejak dahulu. -Gambar hiasan

Bagaimanapun, topik ini menjadi perdebatan di laman sosial susulan hantaran seorang pelayar yang berpandangan bahawa penggunaan istilah 'orang tua' merujuk kepada ibu bapa sebagai kurang sopan.

Baginya, perkataan tersebut kedengaran kasar dan seolah-olah tidak meletakkan ibu bapa di tempat yang sewajarnya sebagai sosok tertinggi dalam struktur organisasi keluarga. 

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tahan marah dimalukan depan rakan pejabat... Bos sama jantina mulut lancang, panggil staf ‘punggung leseh’

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas Bezza, minta pula Ativa! Wanita kecewa suami asyik belikan mentua kereta baharu... Anak isteri sendiri ‘mengemis’ minta nafkah

"(Contoh) Aku cuti seminggu sebab orang tua aku datang. Please la jangan sebut 'orang tua' pada mak ayah kita. Saya tak setuju langsung. Kurang sopan," tulisnya.

Pelayar tersebut mempertahankan bahawa perkataan itu khususnya apabila merujuk ibu bapa sendiri, harus diganti dengan istilah yang lebih 'lembut'.

Tak penat ke hidup, asyik nak 'complicated' kan semua benda.

NETIZEN

Pandangan tersebut bagaimanapun mengundang kecaman netizen yang rata-ratanya menyifatkan pelayar berkenaan terlalu 'rumit' sehingga memperbesarkan perkara yang tidak sepatutnya.

Malah ada antara mereka turut memuat naik carian maksud daripada Kamus Dewan mengenai istilah 'orang tua' yang sememangnya merujuk kepada ibu bapa.

Segelintir netizen yang mengecam individu berkenaan.

"Sis, orang tua tu maksudnya parents la. Sama macam isteri, ada yang panggil sebagai orang rumah. Bahasa orang dulu-dulu. Benda yang tak patut jadi isu pun.

"Masalah orang perempuan ni. Panggil puan salah, cik salah, madam salah, miss salah. Sekarang ni panggil parents sebagai 'orang tua' pun salah ke?

"Itu masalah awak yang secara langsung menterjemah 'orang tua' sebagai orang tua.

"Tak penat ke hidup, asyik nak 'complicated' kan semua benda," demikian antara komen netizen. 

 

Artikel Lain