MEREKA yang bakal mendirikan rumah tangga pasti berasa gembira dan teruja menantikan hari bahagia.
Namun situasi berbeza dialami wanita ini apabila dia diselubungi perasaan bimbang selepas bakal suaminya menyuarakan hasrat untuk mempelawa anak saudara perempuan tinggal bersama.
“Aku nak kahwin dalam empat bulan lagi, kemudian bakal suami aku cakap yang dia nak ajak anak buah perempuan berusia 26 tahun tinggal sekali lepas kahwin.

Seorang lelaki perlu memikul tanggungjawab besar selepas berkahwin. -Gambar hiasan
“Alasannya, abang dia nak pindah balik kampung dan anak buah tinggal sendirian di bandar,” luahnya di media sosial.
Meskipun ada yang menyatakan hubungan antara dua beranak itu mahram, namun wanita ini memiliki firasat sebaliknya berikutan kedua-duanya sentiasa berkepit seperti belangkas.
Dia yang berusia lewat 20-an turut meluahkan rasa curiga apabila anak saudara tunangnya sentiasa ‘muncul’ walaupun ketika melakukan panggilan video (VC).
ARTIKEL BERKAITAN: Pesakit katil sebelah sanggup tak tidur malam, bantu susukan bayi… Ibu baru bersalin terhutang budi, tiada daya urus anak sendiri
ARTIKEL BERKAITAN: Anak bengang kawan rapat mak ayah lepak rumah sampai 3.30 pagi, kalau ‘sound’ biadab pula
“Something fishy pasal mereka sebab selalu berkepit.
“Baru ni balik kampung sekali, semasa VC pun mesti ada anak buah tu. Keluar ke pasar, jalan sekitar kampung pun dia ikut,” adunya yang kurang senang dengan tindak tanduk dua beranak terbabit.
Anak buah tu tak ada rasa malu ke? Nak berkepit dengan bapa saudara pun agak-agaklah.
WARGA MAYA
Pernah menyuarakan isu tersebut, pengadu ini mengaku kecewa apabila tunangnya seolah-olah enggan berpisah dengan anak saudaranya.
Malah menjadikan rasa terhutang budi sebagai alasan untuk mereka tinggal bersama.
“Dia cakap terhutang budi kat abang dia sebab masa mula-mula datang bandar sehelai sepinggang, abang dia sekeluarga yang bagi tumpang tidur kat rumah.

Kebanyakan netizen memintanya berterus terang dan menarik diri dari perkahwinan tersebut.
“Kemudian dia cakap yang anak buah tu tak pernah berpisah dengan keluarga, sebab itu dia nak jaga anak buah tu,” tambahnya.
Perasaan curiga dan kebimbangannya membuatkan kebanyakan netizen memintanya untuk memutuskan hubungan.
“Undur diri sis. Awak tu masih orang luar, bakal dan anak buah dia tu dah memang satu keluarga. Nanti kalau awak lebih-lebih takut ada mulut kata awak cuba pecah belahkan keluarga tu.
“Aku baca pun meremang. Anak buah tu tak ada rasa malu ke? Nak berkepit dengan bapa saudara pun agak-agaklah.
“Umur 26 tahun, besar panjang dah pun. Beragaklah nak sibuk-sibuk dengan pakciknya yang baru nak kahwin,” demikian reaksi netizen.


