KETERBUKAAN seorang pemuda untuk berterus-terang tentang 'kekurangan' dirinya terhadap teman wanita akhirnya mengundang dilema dalam hubungan mereka.
Pengakuan bahawa dia mempunyai gangguan hormon hingga menyebabkan mengalami micropenis membuatkan hati teman wanitanya was-was untuk meneruskan rancangan berumah tangga pada hujung tahun ini.
Susulan itu wanita berkenaan mendapatkan pandangan daripada warga maya sama ada dia patut meneruskan perkahwinan atau membatalkannya.
Gadis dinasihatkan supaya memilih pasangan yang menjaga solat dan agama. -Gambar hiasan
"Saya perlukan nasihat dan pandangan berhubung masalah peribadi ni, saya akan berkahwin hujung tahun ni.
"Bakal suami baru maklumkan yang dia mengalami masalah micropenis," tulis wanita ini di laman sosial.
Dia yang enggan mendedahkan identiti berkata, hubungan percintaan antara dia dan bakal suami baru setahun empat bulan.
Malah difahamkan dia adalah teman wanita pertama pemuda terbabit.
ARTIKEL BERKAITAN: Janda jatuh hati dengan duda 10 tahun lebih muda, tapi dilema nak nikah! Orangnya jenis dengar kata cuma baran, gaji kecil
ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dipersimpangan dilema, duda muda anak 1 masuk melamar... Rasa ‘turn off’ lepas selidik, rupanya keluarga jenis kahwin cerai
Susulan itu kata wanita ini, bakal suaminya merasa rendah diri dan ingin mendapatkan kepastian sama ada dia mahu meneruskan perkahwinan atau sebaliknya.
"Dia rasa insecure dan dia tanya kalau saya nak teruskan perkahwinan dengan dia.
"Semestinya saya mahu," tegasnya sambil memuji pemuda terbabit sebagai seorang yang baik dan berpelajaran.
Bukan itu sahaja, menurut wanita ini, bakal suaminya juga mempunyai pekerjaan yang bagus dan dari kalangan keluarga yang baik-baik serta menjaga agama.
Boleh dapatkan rawatan doktor, mereka akan periksa level hormon dan cari punca.
WARGA MAYA
Bahkan sepanjang perhubungan, tiada percakapan mahupun perbuatan sumbang dilakukan terhadapnya.
"Dia baik, berpelajaran, ada pekerjaan yang bagus, daripada famili baik-baik, jaga agama.
"Tak pernah buat atau cakap benda tak senonoh," tambahnya lagi.
Menurut wanita ini, sikap dan kebaikan yang ditonjolkan itu membuatkan dia berada dalam dilema.
Netizen memuji bakal suami wanita ini dan memintanya supaya meneruskan perkahwinan.
Pada masa sama dia turut meluahkan rasa bimbang sekiranya masalah kesihatan dialami bakal suaminya akan memberi kesan dalam perkahwinan mereka.
Perkongsiannya itu membuatkan warga maya tampil memberikan pandangan dan nasihat.
Ramai yang menyatakan masalah alat sulit kecil dapat dirawat dan memintanya meneruskan perkahwinan kerana sukar mendapatkan pasangan yang baik di masa sekarang.
"Bagusnya dia mengaku siap-siap masalah dialami.
"Untuk perempuan yang baru nak pecah dara mungkin tiada masalah, tapi untuk jangka masa lama akan bermasalah sebab jika dah bersalin, mula timbul masalah... bakal suami kena rajin buat senaman.
"Boleh dapatkan rawatan doktor, mereka akan periksa level hormon dan cari punca. Rawatan berdasarkan diagnosis yang menyebabkan micropenis tu.
"Nampak dia lelaki yang baik, akui kekurangan diri dalam bab tu. Jangan lepaskan lelaki yang baik akhlak di zaman sekarang... lagipun banyak klinik sakit tuan," demikian nasihat netizen.