suria

Nurly Shahirah sangat cintakan al-Quran, tulis semula Kalamullah demi kuatkan hafalan... Abang dedah amalan arwah semasa hidup

Allahyarham Nurly Shahirah (gambar kecil) yang terkorban dalam kemalangan bas di Gerik, merupakan seorang hafizah al-Quran.

BENARLAH ungkapan 'gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia pula mati meninggalkan nama'.

Biarpun sudah menuju negeri abadi, nama Allahyarham Nurly Shahirah Azman masih meniti di bibir rata-rata warga maya khususnya mereka yang mengenali arwah.

Allahyarham Nurly Shahirah, 23, adalah salah seorang daripada 15 mangsa yang maut dalam kemalangan bas persiaran di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi Isnin.

Siapa sangka, penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu bukan sahaja seorang hafizah, malah arwah juga rupa-rupanya adalah guru mengaji yang mengajar kanak-kanak membaca al-Quran.

Antara paparan tangkap layar (screenshot) yang dikongsikan abang arwah Nurly.

Di laman Facebook, abang Nurly yang dikenali sebagai Mohd Najmuddin berkongsi kisah mengenai adiknya itu selain meluahkan rasa terharu bercampur bangga apabila menerima banyak panggilan dan kiriman mesej daripada kenalan arwah.

"Dik, ramai DM (direct message) aku malam ni. Rupanya ramai anak murid kau dik. Ada yang dah tak nak mengaji sebab kau dah tiada. Nak belajar dengan kau je dik.

ARTIKEL BERKAITAN: Bas bawa pelajar UPSI kemalangan di Gerik, sekurang-kurangnya 15 maut

ARTIKEL BERKAITAN: Asbab bapa lewat balik solat Isyak, mahasiswi UPSI terlepas bas terselamat kemalangan maut - “Saya tunggu nak salam ayah”

"Menangis sebab kau dah tiada dik. Ramai sayang kau dik. Ramai DM tapi aku tak kenal. Semua cerita tentang kau dik... Allahu.

"Berpusu-pusu media call aku tanya apa amalan kau, dik. Ada media beritahu dekat tempat kejadian wangi sangat," tulisnya dalam satu hantaran. 

Najmuddin turut berkongsi beberapa tangkap layar mesej yang diterimanya termasuk daripada aplikasi WhatsApp dan media sosial. 

Arwah suka mengulang al-Quran... dan arwah tulis satu al-Quran guna tangan untuk kuatkan hafalan.

NAJMUDDIN AZMAN

ABANG

Bukan sahaja berkongsi kesedihan, malah pengirim mesej juga menceritakan kebaikan dan amalan arwah semasa hayatnya.

"Anak buah saya satu bilik dengan arwah di (Sekolah Menengah) Imtiaz Besut. Masa meninggal tengah peluk al-Quran," demikian kiriman salah satu mesej yang dikongsikan Najmuddin.

Menyifatkan adiknya seorang yang sangat menjaga kesucian al-Quran, Najmuddin turut berkongsi gambar memaparkan ayat-ayat suci al-Quran tulisan tangan arwah.

Koleksi tahriri arwah Nurly. 

"Antara koleksi tahriri (kaedah menulis semula ayat-ayat suci al-Quran yang telah dihafaz) arwah. Arwah suka mengulang al-Quran. Dan arwah tulis satu al-Quran guna tangan untuk kuatkan hafalan arwah.

"Dik, kau jaga al-Quran sangat-sangat baik dik. Kau tak pernah missed mengulang al-Quran setiap hari. Kita jumpa di syurga ye dik. Kami sayang kau dik. Tenanglah kau di sana," tulisnya lagi.

Ternyata, perkongsian berkenaan mengundang hiba dan sebak netizen yang rata-ratanya tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan arwah. 

Allahyarham Nurly Shahirah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Gong Pasir, Jerteh, kira-kira pukul 4 pagi Selasa.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain