suria

Anak bengang kawan rapat mak ayah lepak rumah sampai 3.30 pagi, kalau ‘sound’ biadab pula

Ada kalanya tetamu terlupa untuk menghormati tuan rumah sehingga menimbulkan rasa kurang selesa. -Gambar hiasan

SEBAGAI tetamu, pastinya kita sering diberi sambutan mesra dan layanan terbaik oleh tuan rumah apabila berkunjung ke kediaman mereka.

Tidak kiralah kunjungan ketika musim perayaan, kenduri atau apa sahaja majlis, ada antara kita yang terlupa mengenai adab sebagai tetamu.

Serapat mana pun hubungan dengan tuan rumah, kita harus menghormati privasi mereka, terutamanya apabila melibatkan waktu kunjungan.

Dalam satu hantaran di media sosial, seorang pelayar meluahkan rasa geram dengan sikap tetamu kepada ibu bapanya yang tidak mempunyai 'common sense' kerana tidak berganjak untuk pulang biarpun sudah lewat malam.

tetamu 1

Sebagai tetamu, kita seharusnya menjaga adab dan mempunyai 'common sense' agar tidak mengganggu privasi tuan rumah. -Gambar hiasan

"Dah pukul 2.26 pagi dah weih! Tak reti reti nak balik lagi? Tolonglah. Nak melawat atau ziarah orang pun ada adab dia, ada waktu dia.

"Takat pukul 11 malam hingga 12 tengah malam sudahlah. Ini sampai lebih pukul 2 pagi tak balik balik lagi. Kesian ibu abah aku. Terpaksa overtime sebab nak layan tetamu," tulisnya dalam hantaran berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenalan, saudara sering tumpang bermalam di rumah... Anak syak sebenarnya nak menginap hotel free! Kesian ibu dah macam housekeeping

ARTIKEL BERKAITAN: Mak dah ‘all out’ masak, tapi sampai malam tetamu tak muncul... Kena tanya baru beritahu tak jadi!

Menurut pelayar itu, tetamu tersebut merupakan kawan rapat kepada ibu bapanya dan ia bukan kali pertama situasi sedemikian berlaku.

"Memang selalu dok jumpa. Memang dah style mereka macam tu. Datang lewat, balik lagi lewat. Dua tiga kali dah kena macam ni daripada orang yang sama.

"Kalau kawan-kawan sendiri, senang nak sound direct. Ini kawan-kawan mak ayah kita... susah sikit, nak kena jaga hati orang tua-tua juga," tulisnya.

Kesian ibu abah aku. Terpaksa overtime sebab nak layan tetamu.

PENGADU

Menurut pelayar berkenaan, tetamu tersebut akhirnya pulang sekitar pukul 3.30 pagi.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya memahami perasaan geram pelayar tersebut kerana pernah mengalamai situasi yang sama.

Namun tidak kurang juga ada yang memberi cadangan lucu untuk 'mengajar' tetamu agar pulang awal, jika kejadian yang sama berulang kembali.

komen tetamu new

Reaksi netizen terhadap perkongsian individu berkenaan.

"Nanti buat-buat blackout.

"Kalau saya cakap, pakcik makcik nak tidur sini ke sebab saya nak bentang toto.

"Buat-buat tumpahkan air ke setiap tetamu, sis. Cakap tak sengaja. Kalau masih tak faham, buat dekat anak dia pula. Buatlah sampai semua baju tetamu basah," demikian antara komen lucu mereka.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain