MENYESUAIKAN diri dengan keluarga suami menjadi cabaran besar buat wanita lebih-lebih lagi jika hubungan yang dibina tidak mendapat restu.
Namun bagi wanita ini, dia sedar statusnya sebagai janda anak tiga menjadi antara punca dia dan suami baharunya itu berkahwin secara senyap hingga membuatkan kehadirannya dalam keluarga mentua tidak disenangi.
Namun sambutan Aidiladha baru-baru ini cukup menggores hatinya apabila dia terdengar perbualan antara mentua dan kakak iparnya.

Menguruskan rumah tangga dengan anak kecil bukanlah satu hal yang mudah. -Gambar hiasan
"Saya tak kisah pun sebenarnya nak raikan hari raya dekat mana-mana memandangkan kampung halaman saya jauh.
"Saya tahu saya bukan menantu pilihan mereka sebab kahwin pun senyap-senyap dan status saya masa tu seorang janda anak tiga.
"Kalau ikutkan hati, saya memang tak nak balik rumah mak mentua tapi keadaan memaksa saya," ujarnya dalam satu perkongsian di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita nekad tak balik rumah mentua… Teruk kena hina tapi suami cuma ‘membatu’, main telefon
ARTIKEL BERKAITAN: “Badan dia dah ramai orang sentuh!” - Wanita 2 kali menjanda dianggap ‘low class’, tak layak jadi menantu
Menurut pengadu, dia dilabel pemalas kerana memilih untuk tidak membantu mentua di dapur.
"Saya jenis orang yang tak masuk dapur mentua sebab tak suka apabila nak memasak terpaksa tercari-cari benda. Tak selesa dekat dapur orang.
"Setiap kali balik rumah mentua, memang saya jarang sekali masak kecuali disuruh. Saya bukan jenis menantu yang malas.
Apabila saya masak tak ada orang nak makan, sebab itu saya malas nak masuk dapur.
PENGADU
"Tapi hari ini (Hari Raya Haji), saya terdengar kakak ipar cakap dan label saya menantu malas. Saya tahu dia sindir saya tapi saya buat bodoh je dia cakap tu," jelasnya.
Tambah pengadu, kata-kata seperti itu bukan asing kerana sudah beberapa kali dia disindir secara halus oleh ahli keluarga suami.
Namun dia memilih untuk memendam rasa apabila dia lebih memilih untuk menjaga perasaan suaminya terlebih dahulu.

Setiap wanita pastinya terasa hati apabila menjadi bahan kutukan keluarga suami sendiri. -Gambar hiasan
"Kadang saya rasa tak diperlukan dalam rumah tu tapi disebabkan suami nak jumpa mak dia, saya turutkan.
"Saya pun buat-buat muka teruja nak balik rumah mentua. Kemudian apabila saya masak, tak ada orang nak makan.
"Benda ni terjadi bukan sekali dua, sebab itu la saya malas nak masuk dapur," luah wanita itu menutupi kisahnya.


