IKLAN dan promosi produk mahupun perkhidmatan di laman sosial dapat membantu meningkatkan pendapatan golongan usahawan.
Maka tidak hairanlah ramai yang mengambil peluang untuk mengupah penulis teks iklan atau copywriter bagi membantu mengembangkan perniagaan.
Tidak terkecuali seorang warga Bangladesh yang turut menggunakan perkhidmatan berkenaan bagi mempromosikan bisnes pemasangan awning rumah.

Kebiasaannya warga asing bekerja dalam sektor buruh di Malaysia. -Gambar hiasan
Kisahnya itu dikongsikan seorang pengguna media sosial yang juga copywriter selepas mengetahui pendapatan bersih yang diperoleh hasil pengurusan iklan yang dibuat.
"Semalam aku duduk dengan seorang warga Bangladesh ni, rupanya dah lapan tahun dia berniaga pasang awning di Malaysia.
"Nampak dia biasa-biasa tapi pembersih dan tak bau pelik macam yang selalu kita jumpa.
ARTIKEL BERKAITAN: Percaya rezeki Allah, kata-kata warga asing ini bikin pemandu e-hailing sebak... Masih mampu ketawa walau 5 bulan majikan tipu gaji
ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja Bangladesh kaya kerja di Malaysia, pemuda terkedu ada 300K dalam akaun! Terasa ‘merempat’ di negara sendiri
"Sebelum ini, dia ada buat iklan dengan aku selama seminggu," ujarnya yang menyediakan perkhidmatan pengiklanan di Facebook.
Cuba mendapatkan maklum balas mengenai perkhidmatan yang ditawarkan, dia yang dikenali sebagai Ham Sukor bertanyakan tentang jumlah pelanggan yang berjaya diperoleh individu terbabit dalam tempoh seminggu iklannya dilancarkannya.
Tambahan pula modal yang dikeluarkan untuk iklan berkenaan hanyalah sekitar kurang RM400.
Mentaliti orang kita ialah kerja dengan kerajaan adalah yang terbaik... kita tak didedahkan dengan perniagaan.
WARGA MAYA
"Bajet dia baru RM300 lebih, leads masuk dalam 22 orang. Jadi aku tanya berapa yang berjaya close-deal daripada jumlah tu.
"Dia jawab lima orang dan total jualan adalah RM40,000," kongsinya yang turut terkejut dengan pendapatan diperoleh warga Bangladesh yang menjalankan bisnes di sekitar Nilai, Negeri Sembilan itu.
Bagi mengetahui lebih lanjut, dia kemudiannya bertanyakan kos keseluruhan dan untung bersih yang diterima.
Meskipun hanya RM15,000 namun bagi Ham Sukor, jumlah tersebut dilihat menguntungkan berbanding modal iklan yang dibayar sebelum ini.

Warga maya turut meluahkan rasa terkejut dengan perkongsiannya.
"Terkebil-kebil mata aku sebab aku yang buatkan iklan dia dan edit kandungan poster serta rekaan tapi upah aku cuma RM399.
"Dia boleh kaut RM15,000 bersih," tambahnya lagi.
Perkongsiannya itu membuatkan netizen tampil dengan reaksi berbeza.
Ada yang meluahkan rasa kurang senang dan mendakwa warga asing tidak membayar cukai kepada negara.
"Janganlah begitu, dia berniaga 'bawah meja', tak ada bayar cukai dan faedah pekerja... memanglah untung banyak.
"Mentaliti orang kita ialah kerja dengan kerajaan adalah yang terbaik. Orang kita tak didedahkan dengan perniagaan. Memang biasa boleh dapat dalam RM10,000 sebulan.
"Kerja-kerja yang orang kita tak terfikir pun boleh dapat macam tu," demikian reaksi warga maya.


