suria

Ayah ‘meratib’ tak mahu mati di rumah sewa, mak pula suruh buat ‘loan’ beli perabot... Gadis umur 23 kini tanggung hutang RM1 juta!

Ramai anak muda mengalami masalah kewangan akibat tersalah urus. -Gambar hiasan

MENJADI harapan ibu bapa dan digelar anak mithali merupakan impian setiap anak.

Namun hakikatnya banyak pengorbanan yang perlu dilakukan seperti gadis ini.

Di sebalik rasa bangga kerana menjadi anak yang sentiasa menuruti kehendak ibu bapa, dia yang berusia 23 tahun dirundung dilema kerana dibebani hutang sehingga lebih RM1 juta.

Menurut anak bongsu daripada tiga beradik ini, segalanya bermula pada 2021 selepas ayahnya terpaksa menjual rumah yang didiami mereka meskipun pinjaman perumahan hampir selesai.

Pinjaman kewangan sering dibuat untuk pembelian rumah. -Gambar hiasan

Pinjaman kewangan sering dibuat untuk pembelian rumah. -Gambar hiasan

"Asalnya tak nak jual tapi sebab pujukan abang ngah yang cakap dia akan belikan rumah untuk ayah dengan bersyarat, jadi terjual juga.

"Syaratnya kena selesaikan pinjaman peribadi yang diambil masa dia nak kahwin. Tapi selepas semua selesai, tiba-tiba dia cakap tak boleh belikan rumah sebab komitmen tinggi.

"Ayah merajuk, tiap-tiap hari meratib tak nak mati dalam rumah sewa," luahnya yang ketika itu tinggal bersama ibu dan bapa dalam sebuah bilik di rumah abang keduanya.

Lebih menyedihkan apabila bapanya turut merungut dan merasakan dianiaya anak sendiri sehingga kehilangan aset berharga.

Situasi pilu itu berlarutan sehingga 2022 dan bapanya tiba-tiba jatuh sakit sehingga perlu jalani pembedahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Demi balas jasa mak ayah, kakak ipar buat ‘loan’ beli rumah 35 tahun... Tahu-tahu adik ipar pun kena ’top up’ RM450 sebulan!

ARTIKEL BERKAITAN: Adik bakal muflis gara-gara tak bayar hutang, mak ayah paksa anak sulung hulur 110K! Tak peduli walau kena ‘korek’ ASB, KWSP

Susulan itu, abang keduanya membuat pinjaman kewangan bagi menampung kos pembedahan.

"Ayah masih lagi menangis dan meratib tak mahu mati dalam rumah sewa, aku jadi sebak dan mula fikir nak bantu ayah.

"Selama ayah di hospital, akulah yang jaga manakala abang long dan abang ngah bagi duit untuk belanja atau beli keperluan," tambahnya.

Pada masa itu dia yang pernah melupakan hasrat untuk melanjutkan pengajian demi menurut kemahuan ibu bapanya turut meluahkan rasa bangga kerana dapat menjaga mereka ketika sakit.

Mak minta belikan meja makan, sofa, televisyen, kabinet dapur dengan duit loan tu.

PENGADU

Pada masa sama, bisnes yang diusahakan menunjukkan peningkatan dengan pendapatan sekitar RM5,000 hingga RM6,000 sebulan.

"Aku terus buat permohonan pembelian rumah dan pinjaman kenderaan... kedua-duanya lulus tapi aku perlu pilih salah satu.

"Sebagai anak muda, aku mahu kereta tapi mak dan ayah aku nak rumah sampaikan kami tak bertegur sapa selama dua minggu.

"Jadi aku turutkan juga dan pada tahun 2023 dapatlah kunci rumah. Cumanya aku dah pokai sebab bisnes merosot," tambahnya.

Kelengkapan rumah perlu disediakan bagi memberi keselesaan kepada penghuni. -Gambar hiasan

Kelengkapan rumah perlu disediakan bagi memberi keselesaan kepada penghuni. -Gambar hiasan

Menurutnya, selepas menyuarakan masalah dialami, dia terkejut apabila diminta pula untuk membuat pinjaman peribadi di institusi perbankan supaya ibu bapanya dapat berpindah masuk ke rumah baharu.

"Memang tak mahu tambah hutang sebab loan rumah pun hampir RM2,000 sebulan kena bayar, tapi serba salah dan akhirnya buat juga pinjaman.

"Mak minta belikan meja makan, sofa, televisyen, kabinet dapur dengan duit loan tu. Penghujung 2023 pula, bisnes semakin merosot sebab pembekal tipu aku dan menyebabkan kerugian RM12,000.

"Disebabkan itu, aku mula cari kerja sepenuh masa sambil buat kerja sambilan sebab pendapatan dah negatif," ujarnya sayu.

Warga maya memberi pandangan dan nasihat kepadanya.

Warga maya memberi pandangan dan nasihat kepadanya.

Lebih menyedihkan apabila gadis ini terpaksa menjejakkan kaki di mahkamah kerana gagal melunaskan pnjaman perumahan selama enam bulan.

Tekanan yang dialami membuatkan dia memberontak terutama sekali apabila melihat rakan sebaya sedang gembira dengan kehidupan masing-masing tanpa dibelenggu masalah.

Malah dia mulai rasa menyesal kerana sikap terlalu ingin berbakti terhadap ibu dan bapanya yang kini memakan diri.

Rintihannya itu membuatkan warga maya tampil memberi kata-kata semangat dan perangsang padanya.

Malah ada yang menasihatinya supaya berhenti menurut kata orang tua yang dirasakan boleh menambah beban kewangan.

Artikel Lain